kenali anak bermasalah
KENALI ANAK BERMASALAH
Oleh
Guru-guru (Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran)
S.K. Taman Koperasi Polis Fasa 2
Gombak, Kuala Lumpur.
Tidak semua anak yang dilahirkan sempurna akal dan fikirannya. Ada kalanya anak yang dianugerahkan itu mengalami beberapa masalah tertentu seperti sindrom down dan terancat akal.
Ada juga anak-anak yang tidak mampu melakukan kegiatan rutin seharian seperti memberus gigi dan menyikat rambut. Biasanya, umum mengenali masalah ini sebagai kekok dan tidak berketrampilan.
Pintar Tapi Bodoh
Anak ini sebenarnya, tidak sakit tetapi penampilan mereka juga tidak sihat sepenuhnya. Mereka bukannya anak-anak yang bodoh kerana mereka memiliki tahap kepintaran yang normal, begitu juga dengan fungsi pancainderanya. Ini bererti mereka mampu memahami dan menjalankan arahan yang diberikan kerana pergerakan asas mereka adalah normal.
Misalnya, mereka mampu melempar bola walaupun pergerakan mereka kadang-kala kaku.
Ketidaktrampilan ini membuatkan mereka seolah-olah memiliki dua tangan kiri kerana untuk melakukan perbuatan seperti mengancing baju dan mengikat tali kasut sekalipun mereka tidak mampu. Mereka juga kelihatan seperti bodoh apabila bermain. Biasanya, anak-anak yang menghadapi masalah ini sering terjatuh dan mudah mendapat kemalangan-kemalangan kecil. Contohnya, mereka juga sering memecahkan barang.
Menurut pendapat sebilangan pakar, ketidaktrampilan bukan sahaja melibatkan gerakan tetapi juga sikap mereka yang lembab, kaku dan kesulitan mereka mengendalikan anggota badan.
Antara ciri-ciri lain termasuklah takut untuk naik dan turun tangga, sukar melangkah dan melewati halangan, tidak mampu menggunakan pelbagai peralatan seperti alat tulis, tidak boleh bersiul serta sering menimbulkan gerakan yang tidak sengaja pada tangan, jari dan mulutnya.
Kelainan Perkembangan Otak
Masalah ketrampilan ini boleh terjadi kepada sesiapa pun. Pada orang dewasa, masalah ini biasanya terjadi kerana individu tersebut mengalami strok dan kecederaan di bahagian otak. Sedangkan pada anak, gangguan ini disebabkan anak tidak memperolehi konsep pergerakan secara optima semasa perkembangan dan ianya sering disebut terencat perkembangan.
MENGENALI KANAK-KANAK SINDROM DOWN
Ramai pernah mendengar namun ramai juga yang cetek pengetahuan mengenainya. Ia bukan penyakit moden atau penyakit “orang kaya” namun Sindrom Down (SD) tidak tepat dikatakan penyakit.
SD tidak boleh diubati. Ia terjadi kerana keadaan baka yang tidak normal. Dianggarkan SD terjadi pada kadar satu bagi setiap 650 kelahiran. Perkembangan mental dan fizikal kanak-kanak SD adalah lambat berbanding kanak-kanak biasa.
Kanak-kanak SD perlu pendidikan khas seawal mungkin agar dapat membantu mereka berdikari. SD terbahagi kepada 3 iaitu Trisomi, Translocation dan Mosaic. Tak kira jenis apa, kanak-kanak SD boleh dikenali melalui wajah mereka yang hampir sama.
Ciri-ciri Fizikal Kanak-Kanak SD
• Hidung kemek
• Lidah tebal dan kerap terjelir
• Tapak tangan lebar
• Tapak tangan ada hanya satu lipatan
• Jari kelengkeng tangan melengkung
• Jarak ibu jari kaki dengan jari kedua lebar
• Leher pendek dan besar
• Kelopak mata berlipat-lipat
• Otot lembik
Masalah Kesihatan Yang Dihidapi Kanak-Kanak SD
• Sakit jantung berlubang
• Mudah mendapat selsema, radang tekak dan radang paru-paru
• Kurang pendengaran
• Lambat / masalah pertuturan
• Pertuturan kurang jelas
Suasana Membesarkan Kanak-Kanak SD
1. Suasana persekitaran sangat penting dalam membantu pembesaran kanak-kanak SD. Ketenangan dan kemesraan ibu bapa dapat merangsang penerimaan pembelajaran lebih cepat.
2. Alat permainan perlu sesuai dengan teknik pengajaran. Ia perlu ditambah untuk mengelak kebosanan mereka.
3. Kanak-kanak SD perlu merasa selamat, disayangi dan diterima keluarga dan masyarakat. Ini membantu mereka membentuk imej diri positif dan mendorong mereka belajar.
4. Disiplin perlu diterap pada awal usia, nyatakan had tingkah laku yang dibenar dan tidak dibenarkan.
5. Perlu diberi pujian kepada setiap kecemerlangan yang dicapai.
Membantu Kanak-Kanak SD Bertutur
Kebanyakan kanak-kanak SD lambat bertutur. Mereka wajar dibantu pada usia awal. Antara langkah perlu diambil ialah:
• Adakan kegiatan atau permainan bahasa yang dapat menarik perhatian mereka.
• Cuba dapatkan perhatian sebelum bercakap dengan mereka.
• Jangan terlalu banyak bertanya. Tunggu tindak balas mereka dan beri mereka peluang menjawab.
• Guna ayat pendek dan bahasa yang mudah difahami.
• Sambil bertutur, buat aksi atau lakonan.
• Pilih masa yang sesuai terutama ketika mereka masih segar dan aktif.
• Selalu beri respons kepada setiap percakapan mereka.
Peringatan Kepada Ibu Bapa
1. Cara terbaik kanak-kanak SD mempelajari perkara baru ialah melalui boneka.
2. Pilih ayat permainan yang sesuai dengan tahap perkembangan kanak-kanak.
3. Jangan terlalu memaksa mereka melakukan sesuatu.
4. Jangan biarkan mereka bersendirian. Mereka perlu bergaul, memberi dan menerima tindak balas daripada rakan sebaya.
Cadangan Kepada Ibu Bapa
Jangan berasa sedih jika dikurniai anak SD. Ibu bapa perlu tabah dan atasi perasaan itu dengan menyayangi, membimbing dan mengajar mereka seperti anak normal.
Ibu bapa perlu membuat rujukan sekiranya mendapati anak mereka SD. Dapatkan maklumat mengenainya dengan menghubungi pusat SD dan menjadi ahli persatuan SD. Dengan cara ini, anda dapat bertukar pengalaman dan berkongsi maklumat demi kebaikan anak anda.
Punca-Punca Sindrom Down
SD boleh dikesan pada peringkat awal kehamilan melalui ujian yang membabitkan ibu dan janin. Antaranya ialah kaedah amniocentesis dan chrionic villus sampling. Kini ujian boleh juga dilakukan melalui contoh darah ibu.
Daripada ujian kromosom dalam darah, jenis SD dapat dikesan iaitu Trisomi, Translocation dan Mosaic. Biasanya kita mempunyai 46 kromosom atau 23 pasang. Bagaimanapun, jenis Trisomi ada 47 kromosom atau 23 pasang + 1 (kromosom nombor 21).
Bagi ibu yang berusia kurang daripada 25 tahun, kemungkinan mendapat bayi SD jenis ini ialah 1:2000 kelahiran. Wanita berusia 35-39 tahun pula, 1:50 kelahiran dan yang berusia lebih 40 tahun, 1:30 kelahiran. Secara purata, kemungkinan mendapat anak SD ialah 1:650 KELAHIRAN.
Translocation tidak membabitkan lebihan kromosom. Ia terjadi melalui dua cara. Pertama, apabila secebis kromosom nombor 14 bercampur dengan kromosom nombor 21. Jika ibu pembawa, kemungkinan mendapat anak SD 10 – 15% dan jika bapa pembawa, cuma 3 – 5% sahaja.
Kedua, apabila secebis kromosom nombor bernombor 21 bercampur dengan kromosom nombor yang sama. Jika ibu pembawa, kemungkinan mendapat anak SD adalah 100% (membabitkan semua kelahiran dalam keluarga).
Dalam SD jenis Mosaic, ciri SD tidak begitu ketara pada wajah kanak-kanak. Mereka tidak 100% Down dan kerosakan mental juga tidak teruk. Dianggarkan tahap kepintaran mereka 80 – 90% berbanding yang lain, 50 – 80%.
SD bukan berpunca daripada keturunan melainkan jenis translocation. SD berkait rapat dengan usia ibu ketika hamil. Bagaimanapun, tiada bukti khusus mengaitkan SD dengan usia bapa.
Tiada cara untuk mengelak SD melainkan berkahwin awal kerana peratusan mendapat anak SD kruang pada usia yang muda. Menjalani ujian pra-kelahiran juga digalakkan terutama bagi wanita berusia lebih 35 dan jika ada anak SD dalam keluarga. Ini tidak bermakna ibu lewat usia tidak boleh melahirkan anak normal. Amatlah penting memahami kemungkinannya sebelum keputusan untuk hamil dibuat.
Ibu bapa dinasihati membawa anak SD menjalani ujian penilaian bagi menentukan tahap perkembangan fizikal dan minda.

0 Response to "kenali anak bermasalah"
Catat Ulasan