abstrak persepsi
PERSEPSI GURU TENTANG DISIPLIN PELAJAR DAN
PERANAN PENGETUA SEKOLAH : SATU TINJAUAN
DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH KINTA, PERAK
(Penyelia : Dr. Abdul Razak Habib)
21
HAJI DZULKARNAIN HAJI ABDUL RAHMAN (1992)
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
ABSTRAK
Peranan disiplin adalah penting bagi menjamin kemajuan sesebuah sekolah. Kejayaan sesebuah sekolah itu adalah amat bergantung kepada peranan pentadbir sekolah bersama-sama para guru, kakitangan, pelajar, ibu bapa serta masyarakat meningkatkan tahap disiplin di kalangan para pelajarnya. Suasana disiplin yang baik dapat mewujudkan suasana pembelajaran dan pendidikan yang baik.
Memikirkan pentingnya peranan disiplin di sekolah, maka kajian ini diusahakan untuk memeriksa masalah disiplin di sekolah-sekolah menengah Daerah Kinta, Negeri Perak Darul Ridzuan. Ketika kajian ini dijalankan, terdapat 43 buah sekolah dalam Daerah Kinta yang mempunyai seramai 3,801 orang guru dan 60,868 orang pelajar. Kajian ini melibatkan 10 buah sekolah menengah, di mana 10 orang guru telah dipilih secara rawak sebagai sampel kajian dari setiap buah sekolah. Jumlah guru yang menjawab soal selidik kajian ini ialah 100 orang.
Soal selidik kajian mengandungi 25 item berhubung dengan tahap disiplin sekolah dan peranan pengetua, guru, pelajar, ibu bapa dan masyarakat dalam menentukan disiplin sekolah. Soal selidik ini juga mencerap maklumat tentang salah laku pelajar dan hukuman yang difikirkan wajar oleh guru. Untuk mendapatkan maklumat tambahan, beberapa orang bekas guru dan bekas pegawai pendidikan telah ditemu bual.
Kajian ini mendapati secara keseluruhan disiplin sekolah adalah baik. Tahap disiplin di sekolah menengah perempuan didapati lebih baik daripada di sekolah menengah campuran. Tahap disiplin didapati hampir sama di sekolah menengah bandar dengan di sekolah menengah luar bandar. Salah laku pelajar di semua sekolah didapati berlaku di tahap minimum. Seterusnya, ketinggian disiplin sekolah ditentukan, pertama oleh guru, kedua oleh pengetua, dan ketiga oleh pelajar. Kemerosotan disiplin sekolah pula ditentukan, pertama oleh pelajar, kedua oleh ibu bapa, ketiga oleh guru, dan keempat oleh pengetua.
Selain itu, kajian ini juga mendapati guru bersetuju dengan tindakan pengetua secara terus terhadap pelajar yang bermasalah disiplin dan merotan pelajar. Guru berpendapat tindakan-tindakan ini amat berkesan bagi mengawal disiplin pelajar. Selain itu, guru berpendapat disiplin yang baik dapat diwujudkan melalui penglibatan pengetua, ibu bapa, guru dan masyarakat. Ianya dapat dibina melalui kesedaran diri pelajar, contoh yang baik dari guru, tindakan yang adil dari semua pihak dan hubungan yang baik antara pengetua, guru, ibu bapa, masyarakat dan pelajar.

0 Response to "abstrak persepsi"
Catat Ulasan