-->

model pengurusan HEM

Model-model Program HEM

Antara model-model yang biasanya digunakan untuk melaksanakan program-program HEM adalah seperti berikut:

1. Program menyeluruh - melibatkan murid/pelajar atau ahli. Contoh: program orientasi pelajar.
2. Program perkembangan, pemulihan dan pembaikan - secara individu atau kumpulan. Contoh: program peningkatan disiplin PINTAS.
3. Program pengajaran (instructional). Contoh: program 5 minit anti-dadah dalam P&P.
4. Program terbuka - melibatkan agensi-agensi luar. Contoh: pameran pendidikan, latihan kebakaran.
5. Program Bersepadu - integrasi program-program atau aktiviti. Contoh: program motivasi, perkhemahan dan lain-lain.

Jenis-jenis Program HEM

Terdapat banyak program HEM yang dilaksanakan di sekolah. Antaranya adalah seperti berikut:
(a) Orientasi/suaikenal
(b) Penyebaran maklumat
(c) Kajian/penyelidikan misalnya menyelesai masalah disiplin pelajar atau prestasi pelajar
(d) Bimbingan pelajaran dan kemahiran
(e) Bimbingan kerjaya/vokasional
(f) Khidmat konsultasi - kepada pelajar, guru dan ibu bapa
(g) Bimbingan kerohanian dan psikososial (perkembangan diri)
(h) latihan kepemimpinan - kepada pengurus dan pemimpin kelab/persatuan
(i) Latihan kejurulatihan di kalangan pelajar
(j) Program kesedaran keselamatan

Program keceriaan sekolah
Pendidikan Pencegahan Dadah/Merokok/Aids
Kursus-Kursus Motivasi/Bina Insan/Kepimpinan
Pameran/kempen-kempen
(o) Kaunseling
(p) Program komuniti
(q) Program pemulihan.



5. Perancangan Program HEM

Perkara-perkara berikut biasanya adalah antara perkara yang diberi pertimbangan untuk melaksanakan program-program HEM sesuai dengan tuntutan untuk ke arah keberkesanan dan kualiti perkhidmatan HEM di sekolah.

(a) Penubuhan jawatankuasa - guru, murid atau ibu bapa
(b) Kajian keperluan (luaran dan dalaman)
(c) Jenis program dan rasional
(d) Matlamat & objektif program
(e) Kemudahan resos - manusia dan fizikal
(f) Kekangan-kekangan yang ada
(g) Alternatif pemilihan
(h) Proses dan strategi pelaksanaan
(i) Polisi, peraturan, dan prosedur
(j) Masa (menentukan takwim sekolah untuk mengetahui tempoh yang bersesuaian dengan program HEM).
(k) Kaedah penyeliaan & pengawalan
(l) Jenis dan kaedah penilaian - terhadap kualiti program dan prestasi murid/pelajar
(m) Tindakan susulan - program pemulihan dan pengayaan untuk penambaikan.

0 Response to "model pengurusan HEM"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel