Kepimpinan pengajaran dalam institusi pendidikan di Malaysia

1.0 Pendahuluan
Kajian yang dijalankan teah menuntjukan bahawa sekolah-sekolah yang efektif mempunyai cirri-ciri kepimpinan pengajaran iaitu kepimpinan yang mantap yang ditunjukkan oleh pengetua adalah ‘ prerequisite ‘ untuk memajukan sekolah (Brookover et. al , 1982, Lipham , 1982)
2.0 Definisi: kepimpinan pengajaran
Kepimpinan pengajaran ialah segala tindakan yang dilakukan oleh seseorang pengetua atau oleh pihak-pihak yang dimanahkan bagi menggalakkan pertumbuhan pembelajaran di kalangan murid-murid.
“…. Peranan pengetua daam memberi arah, sumber dan sokongan kepada guru dan pelajar untuk memperbaiki pengajaran dan pembelajaran di sekolah (Keefe dan Jenkins,1984)
“Kepimpinan pengajaran merujuk kepada kepimpinan berkait secara langsung dengan proses-proses pengajaran di mana guru , pelajar dan kurikulum berinteraksi . ….Untuk menggunakan kepimpinan ke arah proses ini, seseorang pengetua mestilah bertindak dari segi guru- penyeliaan, penilaian , perkembangan staf dan latihan dalam perkhidmatan.”
Acheson dan Smith (1986)
Menurut Gillian, (1935) tugas dan peranan pengetua sebagai pemimpin pengajaran ada berkaitan dengan masalah-masalah pengajaran seperti masalah menggredkan pelajar mengikut kebolehan, menentukan kursus pengajian dan penyeliaan pengajaran.
Justeru jelas bahawa maktlamat umum kepimpinan pengajaran ialah untuk memperbaiki atau mengekalkan keadaan-keadaan yang menggalakkan pembelajaran pelajar. Maka, kepimpinan pengajaran merujuk kepada pentadbir sekolah yang berperhatian berat memimpin guru ke arah pencapaian kecemerlangan terhadap program-program pengajaran. Ia juga meliputi kedua-dua isu pengajaran dan pengurusan : penilaian guru dan pelajar , iklim sekolah , kurikulum, sumber dan alatan pengajaran, sokongan komuniti , kakitangan , kaedah membuat keputusan , matlamat pengajaran jangka pendek dan jangka panjang , komunikasi dan interaksi antara pengetua sebagai pentadbir sekolah dengan guru dan sebagainya.
Kajian menunjukkan dalam proses memimpin program-program pengajaran, pengetua sekolah sebagai pemimpin pengajaran perlu memahami teknik pendidikan dan juga visi peribadi kecemerlangan akademik yang boleh dilaksanakan dalam bentuk strategi-strategi yang berkesan.Oleh kerana perubahan dalam pelbagai aspek pendidikan seperti program pendidikan yang bertambah kompleks, peningkatan profesionalisme dan pengkhususan guru , pengenalan teknologi pendidikan sebagai satu sumber kaedah pengajaran dan pembelajaran , harapan komuniti dan ibu bapa , perubahan kurikulum dan sebagainya , kesemua ini mewujudkan desakan dan tuntutan baru terhadap kepimpinan pengajaran.
3.0 Peranan pengetua
Di Malaysia , kepimpinan pengajaran mungkin lebih rumit lagi memandangkan adanya masalah unik seperti kekurangan guru, guru-guru yang tidak mempunyai opsyen yang sesuai untuk mengajar matapelajaran tertentu dan saiz kelas yang besar. Akibat itu, penge tua di sekolah sebagai pemimpin pengajaran di sekolah agak terkeliru tentang cara yang sesuai untuk menyempurnakan tanggungjawab sebagai pemimpin pengajaran yang sesuai. Yang lebih rumit lagi, ianya berkaitan dengan memotivasikan semua kakitangan (daripada tukang kebun hinggalah kepada GPK1) ke arah kecemerlangan dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
Di sekolah sebagai satu unit organisasi pendidikan , pengetua dikatakan perlu melibatkan diri dalam aspek kepimpinan pengajaran dan kepimpinan pendidikan . Dari segi teori, tanggungjawab pengetua terhadap pengajaran ialah memastikan segala tenaga dan usaha para guru ke arah pencapaian program pendidikan yang berkesan. Tanggungjwab ini termasuklah mengadakan falsafah sekolah , mengadakan matlamat dan objektif sekolah , membimbing para guru supaya kecekapan mereka dalam pengajaran dan lain-lain bidang kurikulum dapat dipertingkatkan. Di samping itu juga , pengetua seharusnya melaksanakan program perkemnbagan staf , menyelaras segala aktiviti pendidikan serta lain-lain usaha yang dijalankan oleh pihak sekolah dan pelbagai lagi.(Duke, 1982 ; Bevoise , 1984)
Selain tanggungjwab tersebut , tanggungjawab pengetua termasuklah juga memberi penegasan terhadap pencapaian matlamat dan hasil keluaran , output sekolah , membuat keputusan , mengelola aktiviti serta bekerja dengan guru supaya matlamat sekolah tercapai.
4.0 Kaedah pelaksanaan
Merujuk kepada budaya sekolah efektif, Bossert et al (1982) mengenalpasti sekurang-kurangnya empat ciri budaya sekolah efektif, iaitu
1 Iklim sekolah yang sesuai untuk pembelajaran
2 Penekanan kepada pengajaran kemahiran asas
3 Jangkaan guru bahawa semua pelajar berkebolehan mencapai kecemerlangan
4 Satu system objektif pengajaran yang jelas untuk mengawasi dan menilai prestasi pelajar.
1.1 Iklim sekolah yang sesuai untuk pembelajaran
Ke arah ini pengetua haruslah memastikan bahawa wujud persekitaran yang sesuai untuk membolehkan pengajaran dan pembelajaran. Dalam konteks ini misi sekolah haruslah jelas dan difahami. Guru-guru perlu mempunyai peranan sebagai membantu mempromosikan sekolah sebagai tempat untuk pembelajaran akademik.
1.2 Penekanan kepada pengajaran asas
Untuk menghasilkan sekolah efektif , penekanan kepada pengajaran asas seperti membaca , mengira dan menulis harus menjadi nadi sesebuah sekolah. Penggunaan teknologi pengajaran di sekolah (iaitu kurikulum dan keadah pengajaran ) telah dikenalpasti dan telah dibuktikan berjaya. Di Malaysia KBSR dan KBSM digunapakai di semua peringkat pendidikan sekolah rendah dan menengah. manakala kaedah pengajaran berpusatkan murid menjadi kaedah yang diamalkan.
4.3 Jangkaan guru bahawa semua pelajar berkebolehan mencapai kecemerlangan
Untuk memastikan keberkesanan sekolah, guru perlulah mempunyai tanggungjawab mendidik pelajar dengan pandangan bahawa semua pelajar berupaya mencapai kecemerlangan di akhirnya. Atas pandangan ini maka tumpuan guru adalah untuk memastikan kejayaan diperolehi dan semua pelajar akan menjadi manusia yang lengkap berpendidikan seperti yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
1.3 Satu sistem objektif pengajaran yang jelas untuk mengawasi dan
menilai prestasi pelajar.
Untuk memastikan bahawa sekolah berjay sebagai satu institusi pendidikan , maka satu ssstem pengajaran yang jelas diwujudkan dan penilaia prestasi pelajar adalah mantap. Ini bermakna seseoang pelajar yang mengikuti system pendidikan dari Tahun 1 akan menerima pengajaran yang seimbang di mana-mana sekolah yang diikutinya dan akan menduduki UPSR dan seterusnya melalui pendidikan sekolah menengah hinggalah ke tingkatan enam sekiranya ia lulus SPM nanti.
Penutup
Memang tidak dapat dinafikan bahawa suasana sekolah banyak memberi kesan kepada kepimpinan pengajaran seseorang pengetua sekolah. Dalam kajian yang dijalankan oleh Hallinger et al ,1987 didapati bahawa cirri-ciri sesebuah sekolah secara asasnya memberi kesan secara mendalam dan perlu diambil kira dalam membentuk model kepimpinan pengajaran yang berjaya .
Rujukan
1. AL Ramiah,1999. Kepimpinan Pendidikan : Cabran Masa Kini Kuala Lumpur, IBS Buku Sdn. Bhd.
2. Hussein Mashmood. 1993. Kepimpinan dan Keberkesanan Sekolah. Kuala Lumpur , DBP
3. Hallinger et al . 1987 .Instructional Leadership in the School Context. Massachusetts, Allyn dan Bacons, Inc

0 Response to "Kepimpinan pengajaran dalam institusi pendidikan di Malaysia"
Catat Ulasan