masalah pelaksanaan sekolah berkesan
KEKANGAN PELAKSANAAN SEKOLAH BERKESAN
1. Masalah sikap kita sendiri.
Pelaksanaan sekolah berkesan amat bergantung kepada sikap para pengetua, guru-guru dan juga masyarakat. Bagi merealisasikan sekolah berkesan, peranan pengetua mestilah mempunyai sikap yang positif dan menjalankan kepimpinan yang berkesan. Jika pengetua tidak menunjukkan semangat yang tinggi untuk melaksanakannya, sudah pasti organisasi sekolah tidak akan berjalan dengan berkesan. Begitu juga dengan guru-guru seharusnya mempunyai sikap yang positif dan beritlizam untuk membantu pihak sekolah dalam mencapai sekolah berkesan. Jika guru tidak memberi sokongan yang kukuh terhadap para pentadbir, sudah pasti segala perancangan yang dibuat tidak akan mendapat hasil yang cemerlang. Sokongan daripada pihak PIBG juga penting. Tanpa bantuan daripada ibu bapa, sekolah akan menghadapi masalah yang besar dari segi mendapat bantuan kewangan untuk menambah kemudahan fizikal sekolah dan kepercayaan ibu bapa terhadap sekolah akan berkurangan. Kesimpulan dapat dikatakan gabungan ketiga-tiga ini amat penting dalam menjayakan konsep sekolah berkesan.
2. Masalah kekurangan kemudahan P & P seperti kemudahan komputer, alatan OHP dan sebagainya.
Pihak Kementerian, Jabatan Pendidikan Negeri, PPD haruslah menyediakan segala kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang penting untuk menjalankan inovasi dalam pengajaran. Pihak sekolah kemungkinan tidak mampu menyediakan segala kemudahan ini. Kemudahan ini penting bagi menjamin kaedah pengajaran dan pembelajaran guru lebih baik dan berkesan.
3. Masalah sekolah kekurangan guru terlatih dalam opsyen
matapelajaran. Masalah ini juga boleh menyebabkan sesebuah sekolah tidak menjalankan pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Guru ganti yang bukan opysen sudah pasti tidak mengajar dengan baik terutama matapelajaran B.Inggeris. Pihak kementerian seharusnya
memandang serius perkara ini dan tindakan harus diambil untuk menempatkan guru-guru terlatih di sekolah yang kekurangan guru terutama di luar bandar. Jika keadaan ini tidak diatasi pihak sekolah akan menghadapi masalah keberkesanan pengajaran.
4. Masalah persekitaran masyarakat yang berbeza.
Masyarakat memainkan peranan penting dalam membudayakan kecemerlangan di kalangan anak-anak mereka. Masyarakat di luar bandar setengah daripadanya tidak begitu mementingkan budaya kecemerlangan terhadap anak mereka. Mereka cuma tahu anak mereka ke sekolah sahaja. Keadaan ini sudah pasti menyulitkan pihak sekolah dalam melaksanakan sekolah berkesan. Sebabnya pembelajaran anakanak harus diteruskan di rumah bukan saja disekolah. Bagi masyarakat bandar, budaya kecemerlangan memang sudah jelas. Mereka amat prihatin terhadap pelajaran anak-anak. Penghantaran anakanak ke kelas tuisyen adalah satu keperluan. Jika keadaan ini berlaku, pihak sekolah tidak akan menghadapi masalah besar dalam melaksanakan konsep sekolah berkesan.

0 Response to "masalah pelaksanaan sekolah berkesan"
Catat Ulasan