Khamis, 8 April 2010

tugas pengawal keselamatan sekolah

TATACARA AM PENGAWAL KESELAMATAN

1. Memastikan pelawat yang masuk mencatat butir-butir yang perlu dalam buku pelawat.
2. Memastikan butiran kenderaan awam dicatat.
3. memastikan ssemdua pelajar mematuhi prosedur keluar/masuk yang telah ditetapkan.
4. Memastikan pelajar telah mendapat kebenaran dari piahk sekolah untuk keluar/masuk pada waktu belajar sama ada untuk ke hospital atau balik ke rumah kerana kecemasan atau urusan keluarga yang penting.
5. Membenarkan hanya pelawat yang telah mendapat kebenaran memasuki kawasan sekolah.
6. Membenarkan pelawat masuk hanya pada waktu yang dibenarkan sahaja atau setelah mendapat kebenaran bertulis dari pengetua pada waktu di luar waktu persekolahan.
7. Segera menghubungi Pengetua jika terdapat pelawat yang mencurigakan atau hubungi pihak polis jika berlaku sesuatu yang boleh mengancam keselamatan.
TUGAS PENGAWAL KESELAMATAN

Tugas-tugas ini telah dipersetujui bersama antara pihak sekolah dengan pihak pengawal keselamatan iaitu Key Security dalam mesyuarat keselamatan sekolah yang diadakan pada 8 Mei 2003.
1. Waktu bertugas dua aliran :-
1. 7.00 pagi – 7.00 petang
2. 7.00 petang – 7.00 pagi

2. Pengawal keselamatan bertugas dikehendaki hadir 15 minit lebih awal sebelum memulakan tugas.
3.Pengawal Keselamatan bertugas hendaklah berpakaian seragam yang kemas dan lengkap seperti yang ditetapkan oleh pihak syarikat.
4. Pengawal Keselamatan bertugas dikehendaki membuat rondaan di semua blok termasuk Blok Pra-U.
5. Pengawal Keselamatan dikehendaki mengawal pergerakan lalulintas berhampiran pintu masuk pada waktu-waktu berikut:-
1. Jam 7.00 pagi
2. Jam 1.05 tengahari
3. Jam 6.40 petang
6. Pengawal Keselamatan perlu menguatkuasakan praturan selaras dengan peraturan sekolah.

7. Pengawal Keselamatan pada setiap masa perlu mengawal pergerakan keluar masuk orang-orang awam ke kawasan sekolah.

8. Pengawal Keselamatan yang bertugas diminta membuat laporan segera kepada pengurusan sekolah mengenai apa jua kes yang berlaku melibatkan aspek-aspek keselamatan.
9. Pengawal Keselamatan hendaklah merujuk kepada pengurusan sekolah mengenai perkara-perkara yang menimbulkan keraguan dan ketidakpastian tentang apa jua perkara yang berlaku atau tindakan yang perlu diambil.
10. Pengawal Keselamatan yang bertugas perlu membuat rondaan disekeliling pagar keselamatan sekolah untuk memastikan keadaan pagar sentiasa dalam keadaan baik dan sesuai dengan piawaian keselamatan dan laporkan mengenai apa jua kerosakan atau terdapat tanda-tanda berlakunya pencerobohan di pagar berkenaan kepada pengurusan sekolah.
11. Pengawal Keselamatan bertugas berhak menghalang mana-mana orang perseorangan atau kumpulan yang berkeadaan mencurigakan dari masuk ke kawasan sekolah.

12. Pengawal Keselamatan bertugas diminta jangan membenarkan orang awam membawa masuk kenderaan atau meletak kenderaan di dalam kawasan sekolah kecuali dengan kebenaran pihak pengurusan sekolah.
13. Pengawal Keselamatan bertugas diminta memerhatikan tingkah laku pelajar sepanjang hari persekolahn dan melaporkan apa jua kegiatan salah laku yang berlaku dalam sekolah pada bila-bila masa.

14. Pengawal Keselamatan bertugas diminta menguatkuasakan peraturan bahawa tiada sesiapa pun dibenarkan berada di kawasan sekolah pada hari cuti umum, cuti hari Sabtu pertam dan ketiga dan cuti hari Ahad kecuali dengan kebenaran dari pihak pengurusan sekolah.

15. Pengawal Keselamatan hendaklah pada setiap masa berada di tempat yang mudah dihubungi ketika bertugas dan memberitahu pihak pengurusan sekolah jika hendak ke mana-mana atau keluar dari kawasan sekolah.



16. Pengawal Keselamatan hendaklah segera menghubungi pihak polis dan bomba jika menghadapi kecemasan seperti kes-kes jenayah kebakaran atau kes-kes lain yang serius.

17. Pengawal Keselamatan bertugas pada sebelah malam hendaklah memastikan hanya blok-blok tertentu sahaja lampu dinyalakan. Pastikan juga bilik-bilik makmal dan bilik-bilik khas lain telah pun berkunci. Jika keadaannya meragikan hendaklah segera menghubungi pihak pengurusan sekolah .

18. Pengawal Keselamatan bertugas hendaklah memastikan pintu pagar A ditutup pada pukul 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari dan pukul 2.00 petang hingga 6.00 petang kecuali ada arahan lian dari pihak pengurusan sekolah.

19. Pengawal Keselamatan bertugas hendaklah memastikan sesiapa yang ingin menggunakan kemudahan sekolah seperti padang, gelanggang, dewan datau mana-mana premis di kawasan sekolah perlu mendapat kebenaran bertulis dari pihak pengurusan sekolah.

20. Pengawal Keselamatan bertugas hendaklah akur dengan arahan pihak pengurusan sekolah mengenai perkara-perkara yang melibatkan soal dasar.

21. Pengawal Keselamatan bertugas mestilah menyediakan laporan bertulis harian yang lengkap dan kemaskini dalam buku laporan 8520/khas. Buku laporan ini hendaklah dikemukakan kepada pihak sekolah jika diminta.

22. Laporan mengenai tugas pengawal keselamatan sentiasa dihantar ke pihak Pejabat Pendidikan Daerah Kluang untuk dinilai keberkesanannya.

2 ulasan: