-->

garis panduan biasa penulisan ilmiah

PENDAHULUAN
Projek pelajar tahun akhir merupakan suatu dokumen lengkap berkaitan dengan bidang-bidang yang telah dikenalpasti dalam sesebuah jabatan. Jabatan Fizik, Universiti Putra Malaysia semenjak penubuhannya pada sekitar hasil 1975 telah memperkenalkan suatu kursus yang dikenali sebagai Projek Pelajar Tahun Akhir (Major Fizik).
Panduan format penulisan ini berpandukan buku ‘Guide To The Preparation Of Thesis’ yang dikeluarkan oleh Pusat Pengajian Siswazah UPM 1997.
1. KEPERLUAN TESIS / LAPORAN SECARA AM
1.1 Penghantaran Tesis
Semua pelajar yang terlibat hendaklah menghantarkan tesis pada tarikh yang telah ditetapkan oleh Penyelaras Projek Pelajar Tahun Akhir.

√ 2 salinan lengkap TAK BERJILID

(bagi tujuan semakan dan pemarkahan oleh penyelia dan pemeriksa bebas).
Setelah pembetulan dibuat dan mendapatkan pengesahan dari penyelia:

√ 4 salinan lengkap BERJILID dan 1 salinan lengkap TAK BERJILID

√ 1 set lengkap dalam bentuk softcopy (CD) (setelah semua pembetulan dibuat).

1.2 Penjilidan
Setelah semua pembetulan dibuat dan mendapat pengesahan dari penyelia dan tandatangan Penyelia, Penyelaras Projek dan Ketua Jabatan Fizik, tesis/laporan boleh di jilid kekal (4+1).
Tesis / laporan hendaklah di jilid dengan ‘hard covers’. Kesemua 4 tesis hendaklah menggunakan warna MERAH HATI.
Pada muka depan tesis, butiran berikut hendaklah menggunakan huruf dalam warna emas dengan font-18, Times New Roman (Lihat Lampiran 1).

√ Tajuk tesis / laporan

√ Nama pelajar

√ Ijazah

√ Nama universiti

√ Tahun penghantaran tesis / laporan

Pada bahagian tetulang, butiran dibawah hendaklah ditulis dari atas ke bawah, hendaklah ditulis menggunakan huruf dalam warna emas menggunakan font-18 Times New Roman. (Lihat Lampiran 1).
√ Nama Pelajar
√ Ijazah bagi tesis / laporan yang di ajukan.
√ Tahun penghantaran tesis 1.3 Cetakan
Pelajar dinasihatkan supaya mendapatkan senaskah panduan / format penulisan dari Penyelia Projek Pelajar Tahun Akhir sebelum memulakan penulisan.
Penulisan hendaklah dibuat dengan menggunakan ‘word processor’ yang sesuai seperti Microsoft word atau yang setara.
Cetakan hendaklah dibuat pada kertas putih (tidak kurang dari 80 gsm) atau kertas yang berkualiti setara bersaiz A4 (210 mm x 297 mm). Cetakan hendaklah pada satu mukasurat sahaja.
1.4 Saiz Font
Teks tesis / laporan, termasuk tajuk (atau tajuk-tajuk) dan muka surat hendaklah dihasilkan dengan menggunakan jenis font dan ‘typeface’ yang sama. Saiz font yang dibenarkan ialah 12 dan tidak boleh diskripkan atau diitalikkan kecuali nama-nama dan sebutan-sebutan saintifik dalam bahasa lain. ‘Bold’ boleh digunakan untuk tajuk dan sub-tajuk. Font yang dicadangkan ialah Times New Roman.
1.5 Margin
Bagi setiap muka pertama bagi setiap bab baru, margin kiri, atas dan bawah mestilah 40 mm. Bagi muka-muka surat yang lain, margin kiri 40 mm dan margin atas dan bawah 25 mm. Margin kanan ialah 25 mm bagi semua muka surat. Semua maklumat (tajuk teks, nota kaki dan ilustrasi) termasuk bilangan nombor mestilah dalam zon teks.
1.6 Langkau ( spacing)
Tesis / laporan hendaklah di taip langkau-dua (double-spaced). Walau bagaimanapun butiran berikut memerlukan langkau-satu (single-spaced).

√ Keterangan nota kaki (jika betul-betul perlu).

√ ‘Quotations’ yang melebihi tiga baris diset dalam suatu blok.

√ Rujukan atau bibliografi (kecuali diantara satu rujukan atau bibliografi).

√ Tajuk pada jadual, rajah, gambar foto dan plet.

√ Lampiran-lampiran seperti soal selidik, surat-surat, formula-formula, manual dan lain-lain.

√ Tajuk-tajuk atau sub-tajuk.

1.7 Sistem Pernomboran
Muka surat hendaklah dinomborkan mengikut urutan pada keseluruhan tesis termasuk muka surat jadual-jadual, rajah-rajah dan lampiran-lampiran. Setiap lampiran hendaklah pada kertas berasingan, menggunakan huruf besar (A, B, C). Nombor tidak boleh dikurungkankan, disengkangkan atau dihias oleh elemen-elemen dekorasi yang lain.
Muka 1 bermula pada muka pertama Bab Pertama (Pengenalan). Pernomboran muka surat ini hendaklah ditengah-tengah bawah (25 mm dari bawah kertas saiz A4).
Pernomboran muka surat sebelum Bab 1 hendaklah menggunakan nombor Roman (i, ii, iii, iv dan seterusnya). Muka depan dan mukasurat tajuk tidak perlu dinomborkan walaupun ianya dikira sebagai nombor i. Bagi nombor-nombor lain hendaklah berada ditengah-tengah bawah (25 mm dari bawah kertas saiz A4).
2. FORMAT TESIS
2.1 Biasanya tesis / laporan mengandungi tiga bahagian utama,

√ Muka-muka preliminary atau ‘front matter’.

o Muka depan i (tidak ditulis) lihat LAMPIRAN 2

o Muka tajuk ii (tidak ditulis) lihat LAMPIRAN 3

o Dedikasi (jika perlu) iii (tidak ditulis) (

o Penghargaan

o Isi kandungan lihat LAMPIRAN 4

o Senarai jadual

o Senarai rajah

o Senarai graf

o Senarai plat/ foto

o Abreviasi (jika perlu)

o Abstrak Bahasa Melayu lihat LAMPIRAN 5

o Abstrak Bahasa Inggeris

√ Teks atau badan utama – dibahagi kepada dua bahagian iatu bab-bab dan bahagian- bahagian.

o BAB 1

o BAB 2

o BAB 3

√ Muka-muka penamat atau ‘back matter’.

o Bibliografi atau rujukan

o Lampiran-lampiran

o Vita lihat LAMPIRAN 6

o Pengesahan lihat LAMPIRAN 7

3. FORMAT PENULISAN
3.1 Abstrak / Abstract
Abstrak hendaklah ditulis dalam dua bahasa (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris) secara berasingan. Panjang abstrak/abstract mestilah tidak melebihi 350 perkataan dan ditulis langkau sebaris (single spacing). Biasanya abstrak / abstract hanya mengandungi teks (tiada rumus, jadual dsb) yang mencakupi perkara-perkara berikut,

√ Pernyataan ringkas permasalahan.

√ Deskripsi tepat kaedah dan rekabentuk penyelidikan / projek.

√ Ringkasan dapatan kajian

√ Kesimpulan

/ laporan.3.2 Badan Tesis / Laporan
Kelazimannya badan tesis / laporan mengandungi tajuk (atau tajuk-tajuk) atau bab (atau bab-bab) berikut,
√ Pengenalan
√ Sorotan literature
√ Bahan dan Kaedah
√ Keputusan
√ Perbincangan
√ Kesimpulan
Telah dipersetujui dalam mesyuarat Jabatan Fizik, teks utama tidak melebihi 50 muka surat (tidak termasuk muka preliminary dan muka penamat).
3.3 Kaedah penulisan

√ Indent baris pertama bagi asetiap perenggan.

√ Tidak dilangkau antara satu perenggan denagan perenggan yang lain

√ Jika perenggan terakhir bagi muka surat bersambung pada muka surat berikutnya, pastikan sekurang-kurangnya dua baris teks berada pada muka surat baru

√ Langkau sebaris antara subtajuk.

3.5 Rujukan dalam teks
Rujukan dalam teks hendaklah sistematik bermula dari mula hingga akhir tesis.

√ Kaedah 1: Mengikut urutan nombor,

“………………sebagai alat ganti dalam proses perpindahan haba [1], yang mengalami
……………..”.
“………………..sebagai alat ganti dalam proses perpindahan haba [1,2], yang mengalami……….”.
“………………….sebagai alat ganti dalam proses perpindahan haba [1-3], yang mengalami (Rujukan nombor 1,2 dan 3)
(Jika rujukan ditulis menggunakan sistem nombor – lihat penulisan rujukan juga mesti mengikut kaedah yang sama)
ATAU

√ Kaedah 2: Mengikut nama pengarang dan tahun

“………………….sebagai alat ganti dalam proses perpindahan haba (York, 2000), yang mengalami…………….”.3.4 Jadual-Jadual
Jadual hendaklah dinomborkan dan tajuknya berada di bahagian atas muka surat. Pada satu muka surat, maksimum 2 jadual dibenarkan dan gunakan muka surat berasingan (bukan di bawah atau di atas teks / laporan). Jadual hendaklah di tempat yang paling hampir dengan teks di mana ianya dirujuk. Gunakan Jadual 1, Jadual 2, Jadual 3, Jadual 4(a), Jadual 4(b) dan seterusnya dari mula hingga akhir tesis / laporan.
3.5 Ilustrasi
Ilustrasi termasuklah peta, carta, graf, rajah dan foto. Foto biasanya disebut PLAT dan yang lainnya di sebut RAJAH. Ilustrasi hendaklah mempunyai kualiti yang tinggi (penggunaan komputer sangat digalakkan).
Semua ilustrasi hendaklah dibuat pada muka berasingan (bukan di bawah atau di atas teks utama) dan tidak melebihi dua ilustrasi pada muka surat tersebut, Ilustrasi hendaklah diletakkan berhampiran dengan teks utama yang dirujuk dan dinomborkan mengikut urutan.
3.7 Rujukan atau Bibliografi
Semua rujukan dalam teks mestilah direkodkan dalam rujukan
Dua kaedah yang pada lazimnya digunakan,
√ Menggunakan sistem nombor (1, 2, 3…………dan seterusnya).
√ Menggunakan kaedah nama pengarang dan tahun.
Sila lihat contoh penulisan rujukan atau bibliografi dalam LAMPIRAN 8(A) dan 8(B).
3.9 Vita
Ia mengandungi maklumat biografi pelajar seperti berikut dan tidak melebihi dua muka surat.
(Lihat LAMPIRAN 6)
√ Gambar bersaiz paspot
√ Nama pelajar, alamat tetap, nombor telefon, alamat e-mail dan sebagainya.
√ Latarbelakang pendidikan
√ Ijazah yang bakal diterima
√ Pengalaman kerja, jika ada.
√ Lain-lain yang mendorong kepada pembaca ingin tahu seperti hobi, moto kehidupan, kerjaya dan lain-lain.

“………………….sebagai alat ganti dalam proses perpindahan haba (York, 2000, Hamilton, 1997), yang mengalami…………………”.
(Jika rujukan ditulis menggunakan urutan nama, tahun rujukan juga mesti mengiku kaedah yang sama).

0 Response to "garis panduan biasa penulisan ilmiah"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel