Sabtu, 22 Mei 2010

tugas guru

A teacher’s job is to teach
LET'S HEAR IT
I HAD the privilege of being a temporary teacher at a primary school in rural Selangor, but I left feeling truly honoured to have had the experience of being a “cikgu” even if it were only for two weeks.

I am amazed at the amount of work that teachers put in to mould and mentor their young charges and totally agree that it is indeed a noble profession.

Teachers, traditionally, are supposed to teach and educate the young.

They also need to inculcate good moral values in youngsters so they can be better people.

Their focus is not only to teach. They also have to train their students for numerous sporting competitions.

This is not all, they have to single-handedly deal with the organising and preparation involved in getting the medals, gifts and certificates.

What’s more, they attend courses and meetings during school hours and at the same time have to keep up with the syllabus.

As if this isn’t enough, they are bogged down with paper work which involves the filling in of forms and writing reports about the extra-curricular activities.

Looks like the Education Ministry is trying to convert teachers into office workers!

What is the role of the school clerk then? Or have they been given other jobs?

I am told by a teacher that most of the paperwork, like the reports for the extra-curricular activities, is unnecessary and is just done for the sake of pleasing senior officials in the State Education Department and the Education Ministry.

No one actually reads them, and the documents either collect dust or are eventually thrown away. Isn’t this is a waste of time, money and resources?

Based on my observations, the teachers already have a packed schedule and countless books to mark.

They also have to prepare teaching materials before entering the class, but it is worth their effort because it is for the sake of the students.

However, the non-teaching chores take too much time and they are unable to devote enough time to teach their pupils.

Every time when there is degradation in the major exam results, the government will quickly blame a certain policy for failing to achieve its objectives, but has anyone thought that the heavy workload that teachers have to put off with might be the underlying reasons for students to be unprepared for their exams.

I have some suggestions that may be of help to reduce the paperwork that teachers are burdened with.

·Increase the number of clerks in the school as this will reduce the workload of teachers. It will increase job opportunities for those keen on clerical services.

·Train more PJK (Physical Education) teachers, so they can replace core-subject teachers and be specially in charge of training the students and bringing them to participate in the sporting competitions.

·Courses should be conducted during school holidays.

This will enable teachers to complete the syllabus and leave them with considerable time to carry out revision and extra classes for weaker students.

The government has to listen to the people. There is a Chinese proverb which says that sincere advice always sounds harsh to the ears, but it must be acted upon, if we want to see the results.

VINCENT TEH

Via e-mail

the star online 22 Mei 2010.

Sabtu, 15 Mei 2010

soalan esei ptk

Pendidikan di Malaysia bukan sahaja bertujuan untuk memenuhi keperluan manusia tetapi juga untuk meningkatkan perpaduan antara kaum. Pendidikan sebagai alat perpaduan kaum jelas dinyatakan dalam Penyata Razak 1956 dan merupakan cabaran paling utama dalam usaha negara mencapai matlamat Wawasan 2020.

Bagaimanakah anda sebagai seorang pendidik mentafsir hasrat tersebut dalam mewujudkan perpaduan antara kaum dan memperkasakan sekolah.

Pengenalan

Perpaduan rakyat menjadi satu cabaran utama yang dihadapi oleh Kerajaan Malaysia. Isu perpaduan adalah utama dari sembilan cabaran untuk mencapai matlamat Wawasan 2020 yang berbunyi ”Mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatu padu yang mempunyai matlamat yang serupa dan boleh dikongsi bersama, berintegrasi di peringkat Wilayah dan antara kaum, berasaskan persamaan hak dan keadilan”

Semenjak sebelum merdeka, Pendidikan telah dijadikan wahana untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum sebagaimana jelas dinyatakan dalam Penyata Razak 1956 dan menjadi cabaran negara dalam usaha untuk mencapai matlamat Wawasan 2020. Manakala hasrat penubuhan Sekolah Kebangsaan (SK) telah diilhamkan oleh para pemimpin negara sebagai wahana untuk perpaduan rakyat pelbagai kaum. SK diharap dapat dijadikan tempat untuk generasi muda hidup bermasyarakat, saling bekerjasama antara satu sama lain serta melahirkan rakyat yang setia dan menyumbang kepada kesejahteraan Negara.
SK merujuk kepada sekolah rendah kebangsaan dan sekolah menengah harian yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Sekolah-sekolah ini ditubuhkan sebagai sekolah aliran perdana bagi memupuk perpaduan rakyat Malaysia. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kelemahan yang perlu diatasi supaya SK menjadi sekolah pilihan utama masyarakat. Sehingga kini, masih terdapat SK yang mempunyai prasarana kurang memuaskan, terutama di kawasan pedalaman. Selain itu, terdapat anggapan masyarakat bahawa pencapaian akademik di SK adalah lebih rendah berbanding sekolah rendah aliran Cina. Masyarakat bukan Bumiputera mempunyai tanggapan bahawa SK juga terlalu bercirikan Islam manakala masyarakat Islam pula menyatakan sebaliknya.

Adalah menjadi hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia melalui setiap pendidiknya untuk mewujudkan perpaduan antara kaum dan memperkasakan sekolah dengan :

CIRI-CIRI SEKOLAH PERKASA

 INFRASTRUKTUR LENGKAP DAN BERKUALITI
 PEMIMPIN DAN GURU CEKAP, TERLATIH DAN BERKUALITI
 IKLIM DAN BUDAYA SEKOLAH SIHAT
 SEMUA PELAJAR MENGUASAI 3M
 PENAWARAN DAN PELAKSANAAN KURIKULUM BERASASKAN PELANGGAN
 PENAWARAN DAN PELAKSANAAN KOKURIKULUM YANG BERKESAN
 MENAWARKAN BAHASA CINA DAN BAHASA TAMIL
 PENCAPAIAN AKADEMIK CEMERLANG
 PENCAPAIAN SAHSIAH PELAJAR CEMERLANG
 SISTEM SOKONGAN YANG KUAT DAN MENCUKUPI
 BERASPIRASI NASIONAL


Definisi

Perpaduan dapat diertikan sebagai hubungan erat bersifat toleransi yang diwujudkan secara sengaja dalam kalangan kaum dan etnik yang berbeza untuk mencapai matlamat bersama secara jujur dan ikhlas. Dalam kata lain perpaduan adalah proses menyatupadukan seluruh masyarakat untuk membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan Negara. Di samping itu juga, definisi perpaduan menurut Kamus Bahasa Melayu terbitan Fajar Bakti Sdn Bhd mentakrifkan sebagai penggabungan, peleburan, persesuaian, kecocokan dan perihal berpadu iaitu bergabung menjadi satu, sepakat dan sebagainya. Menurut Kamus Dewan 1994, pendidikan bermaksud sesuatu proses belajar dan juga mengajar. Manakala maksud bagi perkataan memperkasakan adalah memantapkan atau mengukuhkan sesuatu.

Wawasan 2020

Wawasan 2020 merupakan satu wawasan yang amat mencabar bagi rakyat Malaysia, khasnya golongan pelajar. Wawasan 2020 ini dikemukakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada 28 hb Februari 1991 (Mok Soon Sang, m/s 105). Wawasan 2020 meletakkan matlamat menjelang tahun 2020, Malaysia sebagai sebuah negara merdeka akan menjadi negara benar-benar maju, mampu berdikari, progresif dan makmur. Objektif ini hanya dicapai jika rakyat Malaysia dapat menghadapi dan mengatasi pelbagai halangan atau rintangan yang dianggap sebagai cabaran.

Peranan pendidikan dalam proses pembinaan bangsa Malaysia perlu diasaskan kepada Wawasan 2020, iaitu satu gagasan pembinaan masa depan masyarakat Malaysia yang bertunjangkan kepada Sembilan Cabaran utama.

SEMBILAN CABARAN WAWASAN 2020
 Pembentukan Masyarakat yang Bersatu padu
 Pembentukan Masyarakat yang Bebas, Merdeka dan Cemerlang
 Pembentukan Masyarakat Demokratik yang Matang
 Pembinaan Masyarakat yang Berakhlak Mulia dan Utuh.
 Pembentukan Masyarakat yang Toleran
 Pembangunan Masyarakat Saintifik dan Maju
 Pembinaan Masyarakat Penyayang
 Pembentukan Masyarakat Keadilan Ekonomi-Sosial
 Pembentukan Masyarakat Daya Saing dan Makmur


Imbasan Perkembangan Pendidikan di Malaysia

Penyata Razak 1956 dan Ordinan Pelajaran 1957 - Zaman Pengukuhan
 Pembentukan satu sistem pendidikan kebangsaan
 Pengakuan matlamat akhir Bahasa Malaysia menjadi bahasa pengantar utama
 Permulaan kurikulum yang berorientasikan alam sekeliling Malaysia
 Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua

Laporan Rahman Talib dan Akta Pelajaran 1961 - Zaman Kemaskini
 Penegasan kepada pendidikan asas 3M membaca, menulis dan mengira
 Penegasan kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan unsur-unsur
disiplin yang diingini
 Penegasan kepada kurikulum ala Malaysia
 Pendidikan menengah atas melalui dua jurusan, akademik dan vokasional
 Peluang melanjutkan persekolahan dari 9 tahun ke 11 tahun
 Melicinkan tatacara pengurusan pelajaran meningkatkan mutu pelajaran
keseluruhan

Ciri-ciri Laporan Kabinet 1979
 Penegasan kepada pendidikan asas 3M membaca, menulis dan mengira
 Penegasan kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan unsur-unsur disiplin.
 Penegasan kepada kurikulum ala Malaysia
 Pendidikan menengah atas melalui dua jurusan, akademik dan vokasional
 Peluang melanjutkan persekolahan dari 9 tahun ke 11 tahun
 Melicinkan tatacara pengurusan pelajaran meningkatkan mutu pelajaran


Rang Undang Undang Pendidikan 1995
 Sistem pendidikan kebangsaan dicorakkan untuk menghasilkan pendidikan bertaraf dunia dari segi kualiti untuk mencapai aspirasi negara
 Falsafah Pendidikan Negara dijadikan landasan kepada dasar pendidikan kebangsaan Tempoh pendidikan rendah adalah antara 5-7 tahun
 Pendidikan prasekolah sebagai sebahagian daripada sistem Pendidikan kebangsaan
 Pendidikan teknik & politeknik dipertingkatkan
 Peruntukan diadakan bagi mengawal selia pendidikan swasta


Bagaimana Penyata Razak Dapat Mewujudkan Penyatuan Kaum

Penyata Razak 1956 boleh dianggap sebagai batu asas bagi perkembangan sistem pendidikan kebangsaan menyatakan:
“Tujuan dasar pelajaran di dalam negeri ini ialah bermaksud hendak menyatukan budak-budak daripada semua bangsa di dalam negeri ini dengan memakai satu peraturan pelajaran yang meliputi semua bangsa dengan menggunakan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang besar, walaupun perkara ini tiada dapat dilaksanakan dengan serta merta melainkan hendaklah diperbuat dengan beransur-ansur.”
(Penyata Razak, perenggan 12, 1956)
.Sistem persekolahan yang berbeza mempunyai haluan masing-masing dan tidak dapat melahirkan satu identiti bangsa. Atas rasa kesedaran kebangsaan menerusi pendidikan sebagai alat untuk mencapai perpaduan bangsa, maka satu jawatankuasa ditubuhkan untuk mengkaji sistem pendidikan yang sedia ada. Akta Pelajaran 1961 telah dirangka berasaskan Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960 yang menekankan penggunaan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa perpaduan. Walaupun hasrat dan tujuan Akta Pendidikan 1961 ini untuk menyatukan kaum yang ada di Malaysia ini, tetapi secara praktikalnya, sukar untuk mencapai matlamat itu memandangkan pola tempat tinggal yang berlainan. Misalnya orang Melayu tinggal di kampung-kampung dan pinggir pantai, kaum Cina tinggal di kawasan perlombongan dan kaum India di kawasan ladang-ladang getah. Dengan ini tentulah amat sukar untuk menyatukan mereka.

Selepas dari Laporan Rahman Talib 1960, muncul pula laporan-laporan seperti Laporan Hussein Onn (1971) dan Laporan Mahathir 1976. Kedua-dua Laporan ini adalah untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan Negara yang sebelumnya berdasarkan Laporan Razak dan Laporan Rahman Talib.

Bagaimana Dasar dan Rangka Kerja Dapat Mewujudkan Perpaduan dan Pembangunan Negara.
Dasar Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan menjadi tunjang kepada perpaduan negara. Tidak dapat dinafikan bahawa sekolah dan pendidikan memainkan peranan yang sangat penting dalam pembinaan dan pembentukan warga negara dan rakyat yang bersatu padu. Sememangnya Falsafah Pendidikan Kebangsaan menyatakan bahawa:

”Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkemampuan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara”

Secara tidak langsung dasar ini dapat melahirkan satu masyarakat Malaysia yang bersatu padu dan berintegrasi seperti yang dihasratkan dalam Rukun Negara melalui penggunaan dan penghayatan kurikulum yang bersepadu, penggunaan bahasa pengantar dan sistem peperiksaan yang sama serta penglibatan aktif pelajar dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum yang dirancang dan dilaksanakan sepanjang persekolahan pelajar.
Kurikulum yang dibina bukan saja bertujuan untuk memberi ilmu pengetahuan dan maklumat berbentuk akademik sahaja, bahkan ia juga dapat membentuk sahsiah, keperibadian dan perwatakan murid yang diingini bagi memupuk perpaduan. Kurikulum ini berorientasikan suasana Malaysia dan dilaksanakan melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) mulai tahun 1983. Mata pelajaran Pendidikan Islam, Pendidikan Syariah Islamiah, Pendidikan Al Quran Dan Assunnah dan Pendidikan Moral yang diperkenalkan dapat mengukuhkan pegangan agama, menanam sifat-sifat mulia serta membentuk tingkahlaku yang bersopan santun dan saling menghormati sesama manusia.eg menanam sifat-sifat mulia serta membentuk tingkahlaku yang sewajarnya.

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)

Perdana Menteri Y.A.B Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah pun melancarkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010. Pada 16 Januari 2007 PIPP ini bertujuan melonjakkan tahap kecemerlangan sekolah dan mengangkat imej sistem pendidikan negara di mata dunia.

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan menggariskan enam teras strategik bagi melahirkan modal insan yang cemerlang, produktif dan kreatif ke arah membentuk Misi Nasional menjadikan Malaysia sebuah negara maju.

TERAS STRATEGIK PIPP
 Membina Negara Bangsa
 Membangunkan Modal Insan
 Memperkasakan Sekolah Kebangsaan
 Merapatkan Jurang Pendidikan
 Memartabatkan Profesion Keguruan
 Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan

Membina Negara Bangsa

Teras pertama iaitu Membina Negara Bangsa menjadi fokus utama bagi tujuan perpaduan kaum dan merealisasikan Malaysia ke arah negara maju menjelang tahun 2020. KPM berhasrat pembinaan Negara Bangsa melalui pendidikan akan membangunkan warganegara dari awal persekolahan dengan ciri-ciri glokal, patriotik dan cintakan negara serta menyanjung dan menjunjung warisan budaya dan kesenian bangsa. Hasrat membina Negara Bangsa ini akan dicapai dengan memperkasakan Bahasa Melayu, meningkatkan disiplin pelajar, menggiatkan Rancangan Intergrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) serta menggiatkan aktiviti kokurikulum dan sukan bagi membina jati diri serta menerapkan budi bahasa dan adab di kalangan pelajar.

Memperkasakan Sekolah Kebangsaan

Teras Ketiga iaitu Memperkasakan Sekolah Kebangsaan (rendah dan menengah) supaya sekolah-sekolah tersebut menjadi sekolah pilihan utama masyarakat. Sehubungan itu, sekolah kebangsaan akan dilengkapkan kemudahan asas pendidikan yang mencukupi dan berkualiti, bekalan elektrik dan air bersih serta kemudahan ICT. Sekolah juga akan dibekalkan guru terlatih yang mencukupi mengikut opsyen serta bilangan staf sokongan mengikut keperluan.

Misi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ialah membangun sistem pendidikan yang berkualiti dan bertaraf dunia di samping memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara. Matlamat KPM ialah

• Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatupadu.
• Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan dan sejahtera.
• Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara.
• Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia
Hasrat murni kerajaan itu dapat dicapai sepenuhnya melalui:

Penubuhan Sekolah Wawasan

Sekolah Wawasan adalah sekolah rendah yang berkonsepkan belajar bersama sama dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum atau agama. Di bawah konsep ini, dua atau tiga buah sekolah rendah berlainan bahasa pengantar dan pentadbiran akan ditempatkan dalam kawasan yang sama dan berkongsi kemudahan asas seperti padang permainan, dewan dan kantin. Setiap sekolah akan mempunyai bangunan sendiri yang boleh disambung antara satu sama lain dengan menggunakan jambatan penghubung (link-way). Perlaksanaan sekolah wawasan akan mewujudkan persekitaran yang memberi peluang yang lebih luas kepada murid daripada pelbagai kaum untuk bergaul dan berinteraksi secara langsung dalam pelbagai aktiviti


Tujuan dan matlamat Sekolah Wawasan

 Untuk mewujudkan perpaduan di kalangan murid-murid yang berbagai-bagai bangsa dan latar belakang
 Untuk memupuk semangat integrasi antara pelajar dari pelbagai aliran
 Untuk melahirkan generasi yang mempunyai sifat toleransi dan persefahaman yang tinggi demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu
 Untuk menggalakkan interaksi yang maksimum antara semua warga sekolah melalui perkongsian kemudahan sekolah dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti lain di sekolah
 Untuk menjayakan dan merealisasikan Wawasan

Pada masa ini terdapat 5 buah Kompleks Sekolah Wawasan yang telah beroperasi dengan jayanya iaitu :
• Kompleks Sekolah Wawasan Pekan Baru, Parit Buntar, Perak
• Kompleks Sekolah Wawasan Taman Aman, Alor Setar, Kedah
• Kompleks Sekolah Wawasan Tasik Permai, Pulau Pinang
• Kompleks Sekolah Wawasan USJ 15, Subang Jaya, Selangor
• Kompleks Sekolah Wawasan Pundut, Seri Manjung, Perak

RANCANGAN MALAYSIA KESEMBILAN, (RMK9) 2006-2010

Rancangan Malaysia Kesembilan, adalah rancangan lima tahun pertama daripada tiga rancangan lima tahun yang akan memacu Misi Nasional (2006-2010) ke arah mencapai Wawasan 2020. Rancangan ini merupakan kesinambungan perancangan Kerajaan membentuk sebuah negara yang maju ekonominya; seimbang pembangunan sosialnya; memiliki warga yang bersatu padu, berbudaya, berpekerti mulia, berkemahiran, berfikiran maju dan berpandangan jauh. Sesungguhnya, bagi melaksanakan Rancangan Malaysia Kesembilan, kita perlu melipatgandakan usaha menggarap kejayaan lebih unggul demi Membina Tamadun dan Menjulang Martabat Negara.

Dalam usaha untuk meningkatkan akses, ekuiti dan kualiti sistem pendidikan, sepanjang tempoh RMK9 empat agenda utama yang perlu diberi tumpuan oleh semua pihak ialah pertama, memperkasakan Sekolah Kebangsaan; agar ia menjadi pilihan rakyat. Kedua, membangunkan sistem pendidikan yang bertaraf dunia; agar generasi yang dilahirkan nanti mampu bersaing dalam persaingan sengit era globalisasi. Ketiga, merapatkan jurang pendidikan, yang merangkumi jurang di antara bandar dengan luar bandar, jurang di antara yang miskin dengan yang kaya; agar tidak ada sebarang golongan yang tercicir dari arus pembangunan negara. Keempat, mempertabatkan profesion keguruan.

Selain daripada empat agenda utama tersebut kita perlu sentiasa ingat bahawa tidak sampai empat belas tahun lagi kita akan melangkah ke tahun 2020. Hasrat kita adalah untuk menjadi sebuah negara maju mengikut acuan kita sendiri. Malaysia ketika itu harus menjadi sebuah negara yang bersatu dengan masyarakat Bangsa Malaysia.

Isu dan Cabaran Perpaduan Kaum

Penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dan sukan masih tidak menyeluruh. Hanya 80 peratus pelajar di sekolah menengah dan sekolah rendah yang menyertai aktiviti ini. Bagi menggalakkan penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum, ianya telah dijadikan syarat kemasukan ke IPTA mulai tahun 2006. Cabaran KPM adalah untuk memantapkan program kokurikulum dan sukan supaya menarik penyertaan pelajar serta memperluas pilihan aktiviti kokurikulum dan sukan pada semua peringkat pendidikan.
Masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan majmuk telah mewujudkan masalah polarisasi kaum terutamanya dalam kalangan pelajar. Keteguhan sesebuah negara bergantung kepada perpaduan rakyatnya. Pemisahan kaum antara pelajar-pelajar, boleh menimbulkan permusuhan dan pergaduhan. Para pelajar tentu sukar bekerjasama untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran mereka seolah-olah mengutamakan bangsa masing-masing sahaja. Hal ini akan menimbulkan pula prasangka dan salah faham yang pasti merenggangkan hubungan pelajar. Antara faktor yang menimbulkan situasi tersebut ialah perbezaan kebudayaan dan corak hidup disamping mengamalkan dan menganuti kepercayaan yang berbeza dan bertutur dalam bahasa ibunda yang berlainan.
Sesungguhnya, gejala ini perlu dihapuskan demi perpaduan dan masa hadapan negara.


Para pelajar perlu digalakkan untuk berinteraksi dengan rakan-rakan yang berlainan bangsa. Benih-benih perpaduan perlu disemai di dalam jiwa pelajar-pelajar semasa berada dibangku sekolah. Sebagai sebuah negara bermasyarakat majmuk, perpaduan rakyat sangat penting. Para pelajar perlu berinteraksi ketika berada di sekolah untuk mengukuhkan perpaduan. Oleh yang demikian, tembok yang memisahkan pelajar-pelajar dapat dirobohkan. Menyedari hakikat ini, langkah-langkah yang berkesan perlu diketengahkan bagi memupuk semangat perpaduan kaum dalam kalangan pelajar yang berbilang bangsa dan dalam pada masa yang sama untuk memperkasakan sekolah.


Strategi Pelaksanaan Bagi Mewujudkan Perpaduan Kaum dan Memperkasakan Sekolah
Pelbagai program sebagai strategi pelaksanaan yang boleh dijalankan di
peringkat sekolah bagi mewujudkan perpaduan kaum dan seterusnya memperkasakan sekolah.

Penubuhan Kelab Rukun Negara di sekolah

Semasa merasmikan sambutan Hari Perpaduan Peringkat Kebangsaan 2000 di Melaka, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Abdullah Bin Haj√≠ Ahmad Badawi selaku Timbalan Perdana Menteri pada ketika itu, telah menyarankan supaya Kelab Rukun Negara ditubuhkan di sekolah. Dengan tertubuhnya Kelab Rukun Negara di sekolah-sekolah maka pengetahuan, pemahaman, penghayatan warga sekolah terutamanya golongan pelajar terhadap prinsip-prinsip Rukun Negara ke arah menjana semangat perpaduan yang lebih jitu dapat dipertingkat dan diperkukuhkan.

Nyanyian Lagu Negaraku dan lagu Negeri -
Amalan ini dilaksanakan pada setiap perhimpunan resmi sekolah. Semua warga sekolah bingkas bangun dengan sendirinya apabila dimaklumkan oleh pengacara majlis dan menyanyikan lagu-lagu tersebut dengan penuh semangat. Amalan ini dapat membina perasaan setia, cinta dan bangga kepada negara dan raja yang menjadi lambang perpaduan seluruh rakyat Malaysia.

Sekolah Penyayang –

Satu program yang dilaksanakan di sekolah dengan menekankan konsep ”Sekolahku Syurgaku” dan ”Yang Tua Dihormati, Yang Muda Disayangi” dengan penyertaan bersama ibubapa pelajar melalui Persatuan Ibubapa dan Guru. Program ini dapat mewujudkan golongan pelajar yang cinta kepada sekolah, membentuk peribadi pelajar yang suka menolong dan menghormati orang lain, berbudi pekerti mulia, serta menimbulkan perasaan kasih sayang dan hubungan mesra antara warga sekolah dan sesama ibubapa para pelajar.

Pemuafakatan Sekolah dan Masyarakat –

Sekolah juga mewujudkan program pemuwafakatan dengan masyarakat setempat melalui program-program ilmiah seperti ceramah agama, solat hajat, sambutan Maulidur Rasul, Ma’al Hijrah, gotong royong membersih tanah perkuburan dan sebagainya. Sekolah juga memberi kerjasama kepada penduduk dan masyarakat setempat apabila mereka memohon kerjasama dari pihak sekolah untuk menggunakan kemudahan padang dan dewan untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti, majlis-majlis dan permainan tertentu.

Pelaksanaan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) -

Biasanya sebagai sebuah sekolah berasrama penuh yang majoriti pelajarnya terdiri dari pelajar Melayu, antaranya berasal dari daerah dan negeri yang berlainan termasuk dari Sabah dan Sarawak. Program RIMUP secara kelompok turut diadakan di mana pelajar-pelajar dari sekolah ini terlibat dengan program yang dirancang bersama dengan sekolah–sekolah lain yang, mempunyai pelajar berbilang kaum. Jawatankuasa RIMUP peringkat sekolah dan kelompok dianggotai kaum yang pelbagai. Kesan penglibatan pelajar dan warga sekolah dalam program ini adalah sangat baik. Ia membolehkan mereka berinteraksi dan bergaul secara lebih erat dan mesra seterusnya menyumbang kepada perpaduan.

Penyertaan Dalam Kokurikulum –

Semua pelajar diwajibkan mengambil bahagian dalam persatuan, permainan dan pakaian seragam. Penyertaan aktif dalam kokurikulum dan pembabitan mereka dalam perkhemahan, persembahan dan pertandingan di pelbagai peringkat akan mendedahkan mereka kepada situasi yang berlainan dan beragam. Terdapat peraturan dan disiplin tertentu semasa mengikuti program-program yang dijalankan. Pemilihan ahli jawatankuasa dilakukan secara demokrasi dengan bimbingan guru penasihat dan jurulatih dari pelbagai agensi. Mereka dapat berinteraksi secara sihat serta mematuhi peraturan dan disiplin yang ditentukan. Hasil dari penglibatan pelajar secara aktif dalam aktiviti yang dilaksanakan adalah sangat memuaskan terutama dalam usaha untuk membentuk dan membina kehidupan masa depan pelajar dan sebuah masyarakat yang berdisiplin, berharmoni dan bersatu padu.

Sambutan Bulan Patriotisme dan Kemerdekaan –

Setiap tahun sekolah mengadakan pelbagai program sempena
memperingati hari ulangtahun kemerdekaan negara. Jawatankuasa sambutan peringkat sekolah ditubuhkan dengan kerjasama Kelab Rukun Negara, Unit Bimbingan Dan Kaunseling, Kelab Guru dan Kakitangan, Persatuan Sejarah dan Persatuan-persatuan pelajar. Sekolah juga turut melibatkan penyertaan PIBG, tokoh-tokoh dan sejarawan, Agensi dan Badan Kerajaan dan Bukan Kerajaan dalam aktiviti yang dilaksanakan. Acara yang dilaksanakan ialah seperti ceramah kemerdekaan, tayangan gambar berbentuk patriotik, pembacaan sajak, sketsa, pentomen, kibaran ”Jalur Gemilang”, hiasan bilik darjah dan asrama, pidato, forum, penulisan esei, derma darah, pameran, melukis potret tokoh negara, perbarisan dan perarakan serta sambutan detik kemerdekaan. Pelajar juga terlibat dengan program sambutan yang dianjurkan oleh pihak lain di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Penyertaan pelbagai pihak dalam menjayakan program ini dapat membina keyakinan semua warga sekolah berkaitan pembinaan bangsa Malaysia yang merdeka dan bertanggungjawab, bersifat patriotisme yang tinggi dan cintakan kehidupan bersatupadu dan kestabilan negara.

Lawatan Sambil Belajar –

Sekolah menggalakan para pelajar membuat program lawatan ke tempat-tempat bersejarah, Parlimen, Putrajaya, Bandaraya Melaka, Memorial, Tugu Negara, Muzium Negara, Rumah-rumah kebajikan, asrama anak-anak Yatim dan miskin, Penjara, Rumah perlindungan kanak-kanak, asrama orang kurang upaya, sekolah, universiti dan sebagainya. Pelbagai acara diadakan semasa Lawatan Sambil Belajar tersebut seperti perbincangan, gotong royong, persembahan kesenian dan kebudayaan, pertukaran maklumat dan sebagainya. Kesan dari program Lawatan Sambil Belajar ini sangat bermakna dan memberi kesedaran kepada pelajar peri pentingnya berbudi bahasa, mengamalkan toleransi dan perhubungan baik sesama rakyat berbilang kaum dan keturunan.

Pengurusan Disiplin Secara Kolektif, Telus dan Adil –
Jawatankuasa Disiplin dan Lembaga Disiplin sekolah diwujudkan. Pelajar didedahkan berkenaan pengurusan disiplin dan peraturan sekolah dan asrama sejak hari pendaftaran atau hari pertama persekolahan bermula. Peraturan sekolah dimaklumkan kepada semua pelajar dan dipamerkan di setiap lokasi penting seperti bilik darjah, papan-papan kenyataan sekolah dan asrama. Pelajar selalu diingatkan supaya mematuhi undang-undang dan peraturan yang ditetapkan mengikut pekeliling yang dibenarkan. Pelajar diberi peringatan, amaran dan nasihat supaya berkelakuan baik sepanjang persekolahan. Setiap kes kesalahan diambil perhatian dan segala tindakan adalah mengikut prosedur yang dibenarkan. Tindakan dan hukuman yang dikenakan ke atas pelajar yang bermasalah mestilah adil, menggunakan budi bicara yang sepatutnya dan bertujuan untuk mendidik serta mengambil kira situasi dan masa depan pelajar terbabit. Keadaan ini menjadikan suasana sekolah berada dalam keadaan tenteram dan harmoni sesuai sebagai tempat mulia untuk mereka menimba pengalaman dan ilmu pengetahuan seterusnya menjadi pelajar yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
Pelajar menikmati suasana kondusif di sekolah dan di asrama di mana budaya ”Sekolahku Syurgaku” dapat diwujudkan. Mereka dapat merasakan kepentingan undang-undang, peraturan, etika, tata susila dan perlembagaan di sesebuah institusi dan masyarakat serta menyedari tanggungjawab semua pihak agar sentiasa menghormati dan mematuhinya.

Hari Keluarga dan Sukaneka –

Program yang melibatkan seluruh warga pendidik, kakitangan dan beberapa orang pelajar boleh diadakan. Pelbagai acara dijalankan melibatkan semua peserta. Selain dapat menghilangkan perasaan tertekan dengan bebanan tugas, program ini dapat membina persefahaman, keteguhan perpaduan dan perasaan kasih sayang dalam kalangan seluruh warga sekolah.

Acara kebudayaan dan kesenian-

Pelbagai acara berbentuk kebudayaan dan kesenian rakyat boleh diadakan seperti permainan tradisi, dikir barat, nasyid, marhaban, berzanji dan lain-lain lagi yang disertai oleh pelajar, kakitangan dan guru sekolah. Selain dapat berhibur,semua yang terlibat dapat memahami dan mematuhi peraturan yang digariskan. Penyertaan dari pelbagai kaum harus digalakkan.

Perkhemahan Bina Insan –
Program ini melibatkan semua pelajar dan guru-guru serta sebahagian kakitangan sokongan sekolah. Kerjasama diperolehi dari pelbagai pihak seperti Kerajaan Negeri, Bomba, Polis dan sebagainya. Acara-acara yang dijalankan ialah seperti ceramah motivasi, pembinaan jati diri, kerohanian, kembara, ikhtiar hidup, kewarganegaraan dan riadah. Suasana perkhemahan yang dijalankan di luar kawasan sekolah sangat menyeronokkan para pelajar. Selain dari mendapat maklumat dan kemahiran baru, mereka dapat merasai keindahan alam Malaysia, nikmat kehidupan dalam sebuah negara yang aman dan damai.

Majlis Sambutan Hari Raya dan Tahun Baru Cina -
Setiap kali menjelang hari perayaan, sekolah mengatur program yang melibatkan seluruh warga sekolah. Beraneka jenis makanan yang dihidang dinikmati bersama. Sumbangan yang diperolehi dari pelbagai pihak disampaikan kepada mereka yang kurang berkemampuan. Ucapan selamat yang diberikan, disambut dengan penuh kemesraan dan dapat membentuk perasaan kasih sayang dan perpaduan rakyat berbilang kaum dalam dunia sekolah yang kecil.

Sistem Rumah –
Pelajar sekolah dari daerah yang berlainan termasuk dari Sabah dan Sarawak ditempatkan dalam satu rumah supaya mereka dapat berinteraksi dan berkongsi hidup dalam kehidupan sebagai pelajar sekolah berasrama penuh. Setiap rumah dibimbing dan dipantau oleh para warden dan guru-guru dari pelbagai kaum. Perlaksanaan sistem ini berjaya mewujudkan suasana kediaman yang aman dan sihat yang memberi semangat kepada pelajar mengikuti proses persekolahan mereka dalam situasi yang terbaik dan kondusif. Hasilnya kehidupan yang harmoni dan berdisiplin dalam kalangan ahli rumah sebagai sebuah komuniti sekolah yang mempunyai semangat bersatu padu.

Aktiviti Riadah di luar sekolah –
Sekolah menggalakkan pelajar mengambil bahagian dalam pelbagai program yang dianjur pelbagai pihak seperti Majlis Daerah, Majlis Belia Malaysia, Jabatan Kesihatan dan sebagainya. Antara aktiviti yang disertai pelajar ialah senamrobik, mencari harta karun, Perarakan Sambutan Maulidur Rasul dan Ma’al Hijrah, Larian Merdeka dan sebagainya. Pelajar dapat berinteraksi dengan peserta dari pelbagai kaum dan lapisan masyarakat. Mereka dapat memahami dengan lebih mendalam erti perpaduan dan perasaan hormat menghormati sesama masyarakat.

Tabung kebajikan –
Sekolah mengadakan tabung kebajikan guru, kakitangan dan juga pelajar. Selain dari kutipan yuran, derma kilat, sumbangan juga diperolehi dari pihak luar seperti PIBG, Alumni, Institusi Kewangan, Pusat Zakat, Yayasan-yayasan Negeri, Koperasi, para dermawan dan orang perseorangan. Sumbangan ini diagihkan kepada pelajar yang terdiri dari keluarga yang kurang berada untuk membayar yuran sekolah, peperiksaan, wang saku, perubatan, zakat, pakaian, melanjutkan pelajaran, kematian atau kemalangan dan sebagainya. Amalan sebegini dapat menyemai perasaan simpati, kasih mengasihi, mengukuhkan ikatan muhibbah dan perpaduan seperti yang dihasrat dan dicita-citakan dalam Wawasan 2020.

Kesimpulan

Hasrat, perancangan dan strategi reformasi pendidikan yang terjelma melalui Penyata Razak 1956 dulu telah menampakkan kejayaan. Walaupun tidak sepenuhnya. Sebagai sebuah negara yang mempunyai pelbagai bahasa dan kaum, adalah amat wajar bahasa Melayu telah dipilih untuk menjadikan bahasa kebangsaan atau bahasa rasmi negara.
Kesan dari tinggalan penjajahan British dahulu amat payah untuk kita selesaikan, kerana masyarakat Tanah Melayu pada waktu itu dibentuk dengan sengaja oleh British untuk kepentingan politik mereka. Dasar pecah dan perintah yang dijalankan itu, menyebabkan pemimpin-pemimpin negara sampai sekarang terpaksa memikirkan jalan tebaik untuk mencapai perpaduan.
Dalam suasana masyarakat majmuk yang mempunyai "ethno-centristic" yang masyarakatnya mempunyai pelbagai agama, budaya dan fahaman "Cultural pluralism" tentunya perkara yang berkaitan dengan perpaduan nasional perlu diambil perhatian dari semasa ke semasa. Untuk mewujudkan proses pemasyarakatan ini, Pendidikan adalah merupakan satu kaedah terpenting.
Menyedari betapa pentingnya tujuan untuk memastikan sistem pendidikan negara menjadi wadah berkesan ke arah memenuhi aspirasi negara, selaras dengan usaha untuk melahirkan generasi yang bersatu padu, dapat menyesuaikan diri dalam masyarakat, membina kemajuan dan kesejahteraan diri serta menyumbang kepada keharmonian dan kemakmuran Negara, semua pendidik harus meletakkan kepentingan nasional dan negara pada kedudukan paling utama daripada kepentingan masing-masing. Hal ini dapat dilakukan dengan memberikan sokongan dan dorongan kepada usaha-usaha murni dan program-program yang sistematik. Kesemua ini adalah bertujuan memupuk dan mengukuhkan hubungan antara kaum yang terdapat di Malaysia tanpa melupakan matlamat dan aspirasi negara dalam menuju Wawasan 2020 iaitu menjadi negara maju mengikut acuan sendiri.
Di pihak anak didik selaku pelajar hari ini, yang bakal mengganti pemimpin dan pembina negara pada masa akan datang, biarpun berasal dari wilayah yang berlainan, menjadi ahli dalam komuniti sebuah sekolah yang terdiri dari para guru dan kakitangan sokongan yang berbilang kaum sepatutnya menjadikan alam persekolahan dan mungkin kehidupan di asrama medan terbaik untuk melatih komuniti kecil masyarakat Malaysia peri pentingnya perpaduan ke arah pencapaian akademik, kokurikulum dan pembinaan sahsiah yang cemerlang dan seterusnya memperkasakan sekolah.





SENARAI RUJUKAN
1. Kamus Bahasa Melayu, Fajar Bakti, 1994
2. Mok Soon Sang (2007), Kursus Penilaian Tahap Kecekapan (P.T.K), Multimedia-Es Resources Sdn. Bhd.
3. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (2006), Edisi Pelancaran PIPP, Kementerian Pelajaran Malaysia.
4. Pembangunan Pendidikan 2001-2010, Perancangan Bersepadu Penjana Kecemerlangan Pendidikan. Kementerian Pelajaran Malaysia.
5. Malaysia Kita (2007), Panduan Dan Rujukan Untuk Peperiksaan Am, Petaling Jaya: International Law Book Services.
6. Ismail Daud, Bernama, 05 Jun 2005
7. http://apps2.emoe.gov.my
8. http://bumiwaqafan.blogspot.com/2007/05/kerja-kursus-ptk.html/
9. http://www.pmo.gov.my
10. http://yik.itgo.com/text/Akta
11. unitar, SistemPendidikanKebangsaan.pdf

garis panduan penulisan ilmiah 4

Search: The Web Tripod
Report Abuse « Previous | Top 100 | Next »

Select Rating
share: del.icio.us | digg | reddit | furl | facebook

PENULISAN KERTAS CADANGAN, KERTAS KERJA, DAN LAPORAN




1. PENGENALAN



Apakah itu penulisan?



Ramai pegawai penyelidik, ketua jabatan, dan pegawai profesional di jabatan-jabatan kerajaan mungkin pada satu tahap berasa tidak jelas, kurang pasti, dan ada kalanya tidak dapat membezakan antara pelbagai jenis teks bertulis yang berkaitan dengan tugas harian mereka. Akibatnya, timbul pelbagai masalah yang boleh menghalang dan membantut tugas, kajian, dan projek penting yang hendak dijalankan.



Hal ini bukannya satu anggapan tetapi satu kebenaran. Rata-rata didapati pegawai kerajaan yang tamat pengajian dari IPT dengan diploma atau ijazah sarjana muda kurang mendapat peluang dan pendedahan dalam hal penulisan untuk menghasilkan kertas cadangan (kajian dan penyelidikan), kertas kerja (akademik dan bukan akademik) ataupun kertas laporan (saintifik dan bukan saintifik). Kalaupun mereka telah menghasilkannya, ia dilakukan selalunya bukan melalui tunjuk ajar tetapi melalui proses meniru atau proses cuba jaya.



Dalam proses penulisan ada kalanya anda berasa tertekan dan tidak berminat. Ini disebabkan anda disuruh atau terpaksa menulis dalam satu keadaan di mana anda berasa tidak bersedia untuk melakukannya. Sungguhpun begitu sebagai seorang pegawai kerajaan ia menjadi satu tanggungjawab yang mesti anda laksanakan dengan sebaik-baiknya. Maka untuk membolehkan anda melaksanakan dan menjalankan amanah itu, terpaksalah anda melengkapkan diri anda dengan pengetahuan, kebolehan, kemahiran, dan strategi dalam bidang penulisan. Tambahan kepada faktor-faktor ini, faktor afektif juga perlu diberikan perhatian.





Keperluan asas yang anda perlukan untuk membolehkan anda menjadi seorang penulis ialah:

a) pengetahuan bahasa (fonologi, fonetik, morfologi, sintaktis, semantik, dan tatabahasa)

b) pengetahuan tentang tajuk (pengalaman yang diterima secara formal dan tidak formal)

c) pengetahuan tentang format, struktur, dan organisasi teks bertulis

d) proses penulisan

e) penyuntingan.



Di samping itu anda juga harus mempunyai sifat-sifat berikut:

a) ada keinginan untuk menyampaikan maklumat

b) percaya yang anda dapat memberi sesuatu sumbangan

c) tahu yang anda ada kuasa/pengaruh (influence) untuk mengubah sesuatu

d) tahu dan faham yang pembaca ada hak untuk menolak dan memberi pendapat mereka.



Apabila anda berhadapan dengan satu tugas menulis anda harus boleh menghadapinya dengan pandangan positif. Hasilnya, proses dan hasil penulisan itu boleh dipandang sebagai satu kerja yang mencabar, menarik, dan menyeronokkan.





2. MEMAHAMI BAGAIMANA PENULIS BERTINDAK



Buat permulaan, seseorang penulis itu perlu tahu perbezaan antara menulis bahan kreatif dengan menulis bahan berfakta (penulisan berorganisasi). Sebagai penulis teks kreatif bahan-bahan berbentuk prosa (cerpen dan novel) dan puisi (sajak) anda bebas dan tidak terikat dari segi struktur organisasi. Begitu juga dengan isi kandungannya, anda tidak perlu mengemukakan bukti untuk menyokong idea-idea yang diutarakan. Penulis teks kreatif pada umumnya menulis sesuatu karya itu berkaitan dengan budaya, sosial, keagamaan, sains, dan teknologi. Isi kandungannya ialah hasil rekaan dan mungkin mempunyai hubungan dengan kehidupan yang pernah dialami oleh individu atau anggota masyarakat.

Penulisan berorganisasi (penulisan ekspositori) bukannya rekaan. Penulisan begini mesti berasaskan fakta yang sahih dan segala yang dikatakan telah pun dibuktikan. Penulisannya rapi dan tersusun. Bahasanya mengandungi ayat yang ringkas, mudah, padat, dan tepat. Penulisan ekspositori memerlukan penulis membuat rujukan fakta yang telah dibicarakan oleh pakar-pakar dalam bidang yang ditulisnya. Oleh itu sebelum anda memulakan proses penulisan, anda perlu melihat dan menimbang soalan-soalan ini:



a) Apakah peranan anda sebagai penulis?

b) Apakah tujuan anda menulis dalam situasi berlainan?

c) Apakah imej diri yang hendak anda utarakan?

d) Bagaimanakah imej itu hendak anda suaikan dengan bahasa yang digunakan?

e) Bagaimanakah agaknya reaksi pembaca terhadap penulisan anda itu?

f) Apakah faktor dalaman (kendiri) atau luaran (persekitaran) lain yang boleh anda gunakan untuk memperelok penulisan anda?



3. BAGAIMANA ANDA MENGHADAPI PROSES PENULISAN DALAM SITUASI YANG BERLAINAN



Selalunya anda menulis dalam keadaan tertekan, sama ada disebabkan faktor­-faktor luaran ataupun dalaman. Walau bagaimanapun perlu anda menulis kerana ia merupakan tugas dan tanggungjawab. Oleh itu penulisan yang anda lakukan itu haruslah memberi pengertian dan sumbangan kepada anda. Kerja yang dihasilkan itu pula harus mendatangkan kejayaan dan kepuasan kepada diri anda dalam melaksanakan tugas. Pengetahuan tentang proses menulis bermula dengan mengetahui konsep, prinsip, dan rasional setiap satu bentuk dan aspek penulisan itu dengan sejelas-jelasnya dan untuk menentukan kejelasannya penulis harus dapat menjawab soalan-soalan berikut:

a) Apakah yang difahami tentang kertas konsep/kertas cadangan/kertas kerja/laporan (konsep/prinsip/rasional/definisinya)?

b)Bagaimanakah hendak mengenali dan membandingkan antara kertas konsep, kertas cadangan, kertas kerja, dan laporan?

c)Mengapakah kertas cadangan, kertas kerja, dan laporan ditulis?

d) Apakah persediaan dalam melaksanakan tugas ini?

e) Apakah pengetahuan dan kemahiran yang anda perlu ada?

f) Siapakah yang akan membaca hasil penulisan anda itu?



Proses penulisan memerlukan anda menulis tidak dalam keadaan terpisah (in isolation) tetapi dalam konteks atau situasi tertentu.

a) Siapa? Anda menulis secara individu atau berkumpulan.

b) Bila? Masa yang diberi untuk menyelesaikan tugas.

c) Di mana? Tugas itu melibatkan kerja luar atau dalaman.

d) Apa? Menentukan tajuk atau idea yang hendak ditulis.

e) Berapa? Sebanyak manakah?

f) Mengapa? Apakah matlamat dan tujuan anda?

g) Bagaimanakah? Membuat keputusan tentang menyusun dan membentuk idea dengan gaya penyampaian yang terbaik.



Dari awal keputusan anda hendak menulis anda akan berhadapan dengan keperluan membuat pelbagai keputusan yang kompleks seperti:

a) sebab menulis (arahan tugas, pembinaan diri atau minat)

b) isu atau perkara yang hendak diketengahkan (ditentukan atau pilihan sendiri)

c) untuk satu kumpulan pembaca tertentu (pembaca dalaman atau luar)

d) jenis tulisan yang ditetapkan (ringkas atau lengkap)

e) perasaan terhadap penulisan (tertekan atau selesa)

f) pengalaman dan latihan yang anda ada (formal atau bukan formal)

g) faktor luaran seperti tarikh akhir, ketepatan maklumat dan perkara-perkara lain.

Anda perlu sedar peranan penulisan dalam kehidupan peribadi dan profesional anda. Menulis tidak datang dengan mudah. Anda perlu sanggup menggunakan masa dan tenaga untuk membolehkan anda menulis dengan baik. Menulis itu satu aktiviti yang penting dalam perkembangan dan pembangunan kerjaya anda.





4. ORGANISASI TEKS BERTULIS ( ANATOMI TEKS) - SEBUAH BUKU



Bahagian-Bahagian teks:


Kulit Hadapan Buku - tajuk, nama penulis, nama penerbit

Muka Surat Tajuk - ditulis dalam muka surat berasingan

Kata Pengantar - hanya perlu jika ada kenyataan yang hendak dikatakan oleh orang lain selain daripada penulis

Isi Kandungan - perlu jika hasil penulisan melebihi dua belas (12) muka surat

- sistem nombor mestilah tepat dengan tajuk-tajuk yang disenaraikan

Prakata - kenyataan yang ditulis oleh penulis (merujuk kepada pelbagai aspek penulisannya)

Pengenalan - memberi pandangan umum dan meluas tentang tajuk penulisan bergantung kepada

pengalaman dan pengetahuan penulis

Bab - tesis dan idea-idea penulis

Apendiks - maklumat tambahan

Indeks - senarai perkataan-perkataan penting (idea)

Bibliografi/Rujukan - menyatakan bahan bacaan yang dirujuk

- tandakan dengan jelas jika ada bahan yang dipetik dan dimuatkan dalam

- penulisan anda

Glosari - kamus mini

Kulit Belakang Buku - ada iklan atau sinopsis tajuk oleh orang tertentu






5. CIRI-CIRI DI DALAM SEBUAH PENULISAN



Dalam proses penulisan anda perlu mempunyai konsep yang jelas dan tepat tentang ciri yang terdapat di dalam bab dan di dalam perenggan:



a) Tajuk (gambaran ringkas tentang apa yang hendak disampaikan, tesis, idea, fakta dsb.)

b) Perenggan

perenggan pengenalan

perenggan fizikal

perenggan isi

perenggan konseptual

perenggan ideasional

perenggan subideasional

perenggan penutup

c) Ayat

ayat tesis

ayat tajuk

ayat keterangan

ayat contoh

ayat penutup

d) Isi/Idea

idea utama (main idea)

idea kawalan (controlling idea)

idea sokongan (supporting ideas)

contoh (examples)

e) Retorik

retorik perenggan

retorik bab

f) Koherensi dan kohesif (pertalian dan pertautan)

koherensi ayat

koherensi perenggan

koherensi bab



6. PELBAGAI BENTUK TEKS BERTULIS



Apabila anda sudah jelas dengan tujuan melakukan kerja di atas proses menulis sudah bermula. Proses penulisan tidak boleh dilakukan tanpa perancangan yang teliti. Penulis akan memulakan penulisan dengan membentuk satu kerangka yang diisi dengan butir-butir yang didapati dari hasil pembacaan dan penyelidikan sama ada di perpustakaan atau melalui soal selidik dan sebagainya.



Penulis dari awal menetapkan jenis penulisan yang hendak ditulis - adakah kertas cadangan, kertas kerja, atau satu laporan. Setiap satu mempunyai format yang tersendiri yang harus diketahui oleh penulis. Bentuk tulisan begini biasanya disebut "organisational writing" ataupun "expository writing" iaitu tulisan berasaskan fakta.









6. a) Kertas Cadangan



Penulis pada permulaannya harus faham bahawa tiada satu definisi atau penerangan yang tepat boleh diberikan tentang perkataan ataupun konsep 'cadangan'. 'Cadangan' boleh bersifat pelbagai bentuk. Ada yang berkaitan dengan penyelidikan atau kajian yang berbentuk akademik. Ada pula yang berkaitan dengan penghujahan tentang sesuatu falsafah, konsep, atau teori iaitu satu hujah akademik tentang sesuatu pemikiran ataupun pandangan (biasanya dipanggil kertas konsep). Ada pula yang merupakan satu penghujahan dalam mengutarakan sesuatu pemikiran dalam membina, mendirikan, mewujudkan sesuatu usaha yang pada konsep, teori, dan rasionalnya boleh dilaksanakan (tidak bersifat akademik). Kertas cadangan ini ditulis bagi menyakinkan pembaca tentang kemungkinan perkara itu dilaksanakan dengan memberi alasan berbentuk matlamat dan tujuan supaya kelulusan/kebenaran diberi.



Penulisan kertas cadangan bermula dengan adanya tesis (pandangan, pendapat, pemikiran yang menjadi satu isu dan permasalahan kepada penulis). Penulis berharap untuk mencari penyelesaian dan jawapan terhadap tesis yang wujud dalam pemikirannya itu. Ia satu tugas yang memakan masa yang lama dan susah.

Proses mencari jawapan kepada tesis yang dibangkitkan itu perlu dijalankan secara saintifik iaitu cara tersusun, objektif, dan sistematik. Semua tindakan yang dilakukan mesti dipertanggungjawabkan, ada alasannya, ada dalilnya, boleh dihitung, dan diukur.



Format kertas cadangan penyelidikan atau kajian pada umumnya mempunyai susunan dan tajuk-tajuk berikut:

(bagi kertas cadangan akademik yang paling penting ialah empat langkah/tajuk pertama)



a) Pengenalan – latar belakang, keadaan semasa iaitu statement of the problem, tujuan dan objektif penyelidikan, hipotesis/persoalan yang hendak dijawab

b) Tinjauan Bacaan (Literature review) bentuk/bina pendirian dahulu sebelum mencari bahan bacaan yang boleh menyokong pendapat/pendirian kita

c) Metodologi (cadangan) - cara untuk mendapatkan data (sama ada kajian behavioral ataupun non-behavioral), contohnya cara kualitatif iaitu dengan mendapatkan data melalui temu bual (face to face, telefon/soal selidik- sama ada berstruktur [paling mudah, mengikut skala Likert yang mempunyai beberapa pilihan ataupun jenis soalan yang memerlukan jawapan ya/tidak], separa struktur, open-ended dll.) ataupun dengan cara kuantitatif (kiraan statistik). Untuk kertas cadangan yang bukan berbentuk kajian hendaklah digantikan dengan huraian/perbincangan konsep

d) Analisis Data (cadangan)
e) Keputusan dan Perbincangan (andaian hasil yang akan diketemui)

f) Penutup

g) Bibliografi/Rujukan – tidak perlu senarai yang panjang

h) Lampiran/Apendiks (Appendix)


6. b) Kertas Kerja



Seperti yang dibincangkan tentang kertas cadangan, kertas kerja juga tidak dapat diberi definisi atau takrifan yang tepat. Pada umumnya kertas kerja ditulis dengan tujuan untuk mengutarakan penghujahan tentang alasan dan bukti yang boleh diberikan untuk mendapatkan sesuatu seperti kelulusan untuk satu peruntukan kewangan (funding) atau kelulusan menjalankan sesuatu projek dan sebagainya.



Dalam bidang akademia penulisan 'kertas kerja' (academic working paper) pada asasnya tertumpu kepada penghujahan balas kepada sesuatu penemuan atau keputusan daripada sesuatu penyelidikan. Penghujahan sebegini selalunya ialah reaksi atau pendapat seseorang yang berpegetahuan dalam bidang tertentu dan menyatakan penerimaan atau penolakan, persetujuan atau bangkangan terhadap penemuan atau hasil penyelidikan orang lain.



Organisasi kertas kerja dengan kertas cadangan hampir serupa. Sungguhpun begitu ada beberapa perkara yang ditambah di dalam kertas kerja. Format kertas kerja untuk mendapatkan kelulusan ditulis berdasarkan tajuk-tajuk berikut:



a) Pengenalan dan Latar Belakang (sedikit tentang sejarah diberikan, isu dan masalah juga dikemukakan di dalam bahagian ini)

b) Tinjauan Bacaan (amat digalakkan dimasukkan untuk membuktikan perkara itu boleh/patut dilaksanakan/ diberi melalui contoh/data yang diperolehi daripada pembacaan)

c) Penerangan yang terperinci (dihuraikan) tentang tujuan kertas kerja seperti memulakan perniagaan, projek, atau program latihan untuk mempengaruhi dan meyakinkan ketua jabatan/jawatankuasa penilai memberi kelulusan

d) Implikasi Kewangan – berapa banyak yang diperlukan dan bagaimana peruntukan itu hendak dibelanjakan, harus tunjukkan keadaan kos efektifnya

e) Proses Pelaksanaan (biasanya dalam bentuk kronologi, tunjukkan skedul/jadual pelaksanaan)

f) Implikasi Pelaksanaan (terhadap kumpulan yang disasarkan dan kewangan agensi itu)

g) Keputusan dan Perbincangan (sumbangan kepada jabatan, negeri, dan negara, kemukakan hanya yang positif, jangan beri yang negatif)

h) Penutup (Penegasan semula tentang tujuan kertas kerja ini iaitu kebaikannya)

i) Bibliografi/Rujukan

j) Lampiran/Apendiks (Appendix)



6. c) Kertas Laporan



Menulis laporan merupakan satu pengenalan yang baik kepada prinsip-prinsip pemikiran kritis, perancangan, dan organisasi yang digunakan dalam menghasilkan satu dokumen yang kompleks. Anda mungkin bertanya mengapa laporan perlu ditulis? Ini ialah sebahagian daripada jawapan yang dapat diutarakan:



a) membolehkan anda menyimpan rekod

b) memaklumkan perkembangan/pelaksanaan projek kepada pegawai di jabatan anda

c) menyampaikan maklumat tentang kejayaan dan kegagalan

d) untuk berurusan dengan mereka yang ada kaitan dengan tugas anda

e) untuk membolehkan mereka yang berkenaan terus mahu berurusan dengan anda

f) untuk memaklumkan perkembangan projek-projek yang sedang dan telah dilaksanakan kepada mereka yang berkenaan

g) untuk menggalakkan perkembangan projek hasil kejayaan anda

h) supaya orang lain boleh belajar daripada kejayaan anda

i) untuk membolehkan penyelidik meneruskan kajian mereka

j) untuk hal-hal penilaian

k) untuk kegunaan kerajaan dalam membina dan melaksanakan dasar.



Sebelum menulis kertas laporan anda perlu sedar bahawa kertas laporan membentangkan apa yang telah dilakukan. Oleh itu tumpuannya adalah kepada hasil, implikasi, kesan, dan impak tujuan asal kertas cadangan kajian atau kertas kerja diadakan. Laporan digunakan dengan meluas untuk menyimpan rekod dan menyampaikan hasil sesuatu kerja. Laporan juga memberi asas untuk membuat keputusan dan melaksanakan tindakan. Tajuk yang dimuatkan dalam laporan ilmiah ialah:



(ingatan: jika sangat perlu memasukkan penghargaan, masukkannya sebelum abstrak)



a) Abstrak - memuatkan tiga perkara: mengapa kajian dijalankan, bagaimana ia dijalankan, dan apakah hasilnya (nama untuk bahagian ini berubah-ubah mengikut jenis kajian yang dijalankan – sinopsis untuk karya kreatif, dan ringkasan untuk bahan lain yang berbentuk akademik/ilmiah), dan mengikut manual penerbitan APA (American Psychological Association) abstrak tidak boleh lebih daripada 1 m.s., jika boleh hadkan pada 1 perenggan sahaja yang mengandungi 120 perkataan/970 aksara/spaces.

b) Jadual Isi Kandungan (elok dimasukkan jika hasil penulisan itu mengandungi lebih daripada 20 m.s. double spacing)

c) Pengenalan dan Latar Belakang (mestilah ringkas)

d) Tinjauan Bacaan (ringkas, yang penting sahaja)

e) Metodologi (yang telah diluluskan dan dijalankan, secara ringkas, termasuk sedikit maklumat tentang responden, instrumen penyelidikan, dan cara data dianalisis)

f) Analisis Data (yang telah diluluskan dan digunakan, secara ringkas)

g) Keputusan dan Perbincangan (kesan terhadap subjek kajian dan juga sumbangan kepada bidang ilmu, secara terperinci kerana inilah bahagian/perkara yang terpenting di dalam laporan dengan merujuk kepada soalan kajian/hipotesis)

h) Penutup (jangkaan dan pandangan untuk masa hadapan – memberi pandangan, hala tuju, pegangan dan pendirian penulis tentang tajuk itu)

i) Bibliografi/Rujukan

j) Lampiran/Apendiks (Appendix)





7. PROSES PENULISAN LANGKAH DEMI LANGKAH



Reka bentuk penulisan elok dimulakan dengan memikirkan proses penulisan secara berurutan dan langkah demi langkah. Semasa proses ini berjalan anda akan melakukan pembetulan dan penyesuaian sedikit langkah-langkah penulisan. Gunakan senarai di bawah ini sebagai titik permulaan penulisan anda. Prinsip-prinsip utama ialah:



a) kenal pasti masalah (tesis?)

b) tanya soalan yang jelas dan tepat, sebanyak yang boleh (persoalan atau hipotesis)

c) hadkan skop tajuk penulisan, yang benar-benar menarik perhatian anda dan dalam bidang pengetahuan anda (hubung kait antara subjek dan isu kajian)

d) buat satu kerangka yang jelas untuk memperlihatkan skema tajuk (kerangka teori)

e) tulis apa yang diketahui, bukan apa yang tidak diketahui tentang masalah (data harus berasaskan fakta yang boleh disokong dengan dokumen yang diterbitkan)

f) kenal pasti kemahiran dan maklumat yang diperlukan untuk menjawab soalan

g) pilih pendekatan dan kaedah untuk mengumpul maklumat (sumber maklumat)

h) terangkan dapatan atau hasil yang dicari dari penulisan itu

i) nyatakan dengan tepat bahan keperluan dan implikasi kewangan



8. LATAR BELAKANG DAN KAJIAN SEMULA BAHAN BACAAN YANG BERKAITAN



Sebelum seseorang penulis itu memulakan penulisannya, satu aspek persediaan penulisan yang perlu diutamakan ialah dia melakukan kerja-kerja mencari maklumat tentang kesesuaian kerja yang hendak dilakukannya itu. Penulis akan berhadapan dengan penyataan berkaitan dengan "viability, feasibility dan reliability" kerja kajian yang hendak dilakukan itu.



Ini memerlukan penulis banyak membaca bahan asas dan bertanya kepada rakan-rakan, pakar atau mereka yang berpengalaman tentang tajuk yang hendak ditulis itu. Antara soalan penting yang memerlukan jawapan:



a) Sudahkah anda membuat tinjauan dan menerangkan kesesuaian kajian ini dengan masalah yang diutarakan?

b) Sudahkah anda membuat tinjauan pendapat‑pendapat pakar yang ada tentang masalah ini?

c) Sudahkah anda merumuskan pendapat‑pendapat pakar tentang kajian ini?





9. PENGGUNAAN DAN PEMANTAPAN BAHASA MELAYU BAKU



Setiap penulis harus cuba menguasai bahasa Melayu dengan sebaiknya iaitu tahu tentang selok-belok bahasa. Penulis perlu membuat semakan manuskripnya sebelum boleh mencetak dan mengedar hasil kerjanya itu. Hasil yang baik atau lemah memberi refleksi terhadap imej diri anda, pertamanya anda sebagai seorang pegawai dan kedua sebagai seorang penulis.



Mencurahkan titik peluh dan tenaga sepenuhnya dalam usaha menghasilkan satu kerja penulisan yang bermutu tidak banyak menampakkan ganjarannya. Hasil kajian yang dilakukan itu juga belum pasti dapat mengubah keadaan yang sedia ada secara mendadak tetapi ia tetap dapat memberi satu sumbangan, walaupun kecil, kepada bidang ilmu dan juga bidang tugas anda. Namun yang pasti, penghasilan satu bahan penulisan yang bermutu akan mendatangkan perasaan puas dan bangga kepada setiap penulis.



10. RUMUSAN LANGKAH-LANGKAH PENULISAN



a) pilih dan hadkan tajuk anda

b) sempitkan dan fokuskan tajuk anda

c) cadangkan tesis yang berfungsi

d) tulis kenyataan tesis yang tentatif

e) cari dan kaji unsur‑unsur maklumat yang sesuai

f) ambil dan kumpul maklumat

g) bentuk rangka yang berfungsi

h) susun draf kasar

i) tulis dan semak draf

j) tulis draf akhir

k) semak draf akhir

l) sediakan senarai rujukan dan bibliografi yang berfungsi

SELAMAT MENCUBA
RDSSA/ssa/2002

kes pengurusan sekolah

TAJUK : Kes 7 Umpama Menarik Rambut Dari Tepung


A. Sinopsis

Peristiwa berlaku di makmal Sains. Pn. Saliza, guru mata pelajaran menyemak kerja rumah yang telah diberi. Dua orang murid, iaitu Mohd Fakhri Najmi dan Mohd. Sayuti tidak menyiapkan kerja rumah mereka. Pn. Saliza tidak berpuas hati dengan alasan mereka. Beliau sangat marah lalu mengoyakkan kedua-dua buku murid berkenaan dan mencampakkannya ke pintu makmal Sains. Murid berkenaan juga didenda berdiri di luar kelas. Lima orang murid lagi juga mendapat hukuman yang sama.

Tindakan Pn. Saliza telah menimbulkan reaksi negatif daripada ibu bapa. Aduan telah diterima. Guru Besar telah memanggil kedua-dua murid tersebut untuk disoal siasat. Guru Besar juga telah memanggil Pn. Saliza untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kejadian tersebut. Pn. Saliza telah mengaku melakukannya.

En. Zahid, Guru Besar juga telah menerima surat layang daripada seorang penjaga yang mendakwa Pn. Saliza telah mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya, mengoyakkan dan membuang buku murid. En. Zahid telah berjumpa dengan Guru Besar lama Pn. Saliza untuk menyiasat latar belakang Pn. Saliza. Menurut Guru Besar lamanya, Pn. Saliza memang tidak disenangi kerana sikapnya yang kasar, tutur katanya yang mengguris hati si pendengar, selalu membantah dan engkar arahan yang diberi.

YDP PIBG sekolah telah datang berjumpa Guru Besar ekoran aduan ibu bapa tentang tindak tanduk Pn. Saliza. Beliau meminta Guru Besar mengambil tindakan segera demi menjaga imej sekolah dan hubungan harmoni dengan komuniti.













B. Punca Masalah

1. Murid tidak menyiapkan kerja rumah yang telah diberikan.

2. Guru mengoyakkan buku kerja murid di hadapan kelas dan membalingnya
ke pintu.

3. Guru tersebut marah dengan mengeluarkan kata-kata kesat.

4. Murid yang terbabit juga didenda dengan berdiri di luar kelas.


C. Masalah Utama

Guru Besar menerima aduan daripada YDP PIBG dan beberapa ibu bapa yang tidak berpuas hati dengan tindak tanduk seorang guru di Sekolah Kebangsaan Pintas Jaya (Pn. Saliza).


D. Langkah-langkah Yang Boleh Diambil Untuk Menyelesaikan Hubungan 2
Hala Antara Ibu Bapa & Sekolah.

1. Mengenalpasti punca masalah & siasat aduan yang diterima

2. Perjumpaan dengan ibu bapa & YDP PIBG.

 Membuat penjelasan tentang kejadian yang berlaku.
 Memberitahu punca masalah
 Memohon maaf bagi pihak sekolah terhadap kesilapan guru
 Meminta ibu bapa lebih prihatin tentang pelajaran dan kerja rumah anak-anak mereka
 Menjelaskan tentang kepentingan sokongan ibu bapa terhadap pelajaran anak dan sekolah

3. Perjumpaan dengan Pn. Saliza

 Memberi nasihat
 Jika perlu, menghantarnya ke Unit Bimbingan & Kaunseling JPN untuk mendapatkan nasihat professional
 Guru Besar memberi Pn. Saliza mengajar balik mata pelajaran opsyen asalnya iaitu Bahasa Inggeris untuk mengelakkan tekanan yang lebih kepadanya

PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN 2002

PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN
(KURIKULUM PRASEKOLAH KEBANGSAAN) 2002*


PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 24 Akta Pendidikan 1996, Menteri membuat peraturan-peraturan yang berikut:


1. Nama dan permulaan kuat kuasa.
(1) Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Prasekolah Kebangsaan) 2002.
(2) Peraturan-Peraturan ini mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2003.


2. Tafsiran.

Dalam Peraturan-Peraturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain, “murid” ertinya kanak-kanak yang berumur daripada empat hingga enam tahun yang kepadanya pendidikan diberikan di sesuatu tadika.


3. Kurikulum Prasekolah Kebangsaan.

(1) Kurikulum Prasekolah Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang mengandungi elemen-elemen asas bagi membantu perkembangan murid dalam pelbagai aspek yang termasuklah bahasa dan komunikasi, kognitif, kerohanian dan nilai moral, emosi, sosial, jasmani dan kreativiti dan estetika.
(2) Setiap tadika hendaklah menggunakan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan yang dikeluarkan oleh Ketua Pendaftar dan semasa ke semasa.


4. Bahan kurikulum.

Setiap tadika hendaklah menggunakan apa-apa bahan yang sesuai dengan peringkat umur murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran Kurikulum Prasekolah Kebangsaan di dalam dan di luar bilik darjah.
5. Peruntukan waktu minimum.

Setiap tadika hendaklah memperuntukkan suatu tempoh masa minimum sekurang-kurangnya tiga jam pada setiap hari persekolahan untuk Kuri¬kulum Prasekolah Kebangsaan.

6. Kurikulum tambahan.

Mana-mana tadika yang melaksanakan apa-apa kurikulum sebagai tambahan kepada Kurikulum Prasekolah Kebangsaan hendaklah memaklum¬kan Ketua Pendaftar sebelum melaksanakan kurikulum tambahan tersebut dengan menggunakan borang yang ditetapkan dalam Jadual.


7. Rekod guru.

(1) Seseorang guru hendaklah menyimpan dan menyenggara suatu rekod yang mana hendaklah direkod olehnya pengajaran dan pembelajaran Kurikulum Prasekolah Kebangsaan mengikut cara yang ditetapkan oleh Ketua Pendaftar dan rekod tersebut hendaklah dengan serta-merta diadakan untuk pemeriksaan oleh Ketua Pendaftar.

(2) Jika rekod disediakan dalam suatu bahasa selain daripada bahasa kebangsaan, guru tersebut hendaklah mengemukakan atau mengadakan untuk pemeriksaan rekod dalam bahasa kebangsaan dalam tempoh tiga puluh hari daripada tarikh yang diarahkan oleh Ketua Pendaftar.


8. Rekod kemajuan murid.

Guru hendaklah membuat penilaian berterusan tentang perkembangan murid dan merekodkan perkembangan itu mengikut cara yang ditetapkan oleh Ketua Pendaftar dan semasa ke semasa.


9. Pembatalan.

Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Prasekolah) 1997 dibatal¬kan.

peraturan pendidikan 1998

PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN
(PERSATUAN SEKOLAH) 1998*


PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 130 Akta Pendidikan 1996. Menteri membuat peraturan-peraturan yang berikut:


1. Nama dan mula berkuat kuasa.
Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 dan hendaklah mula berkuat kuasa pada 21 Mei 1998.


2. Pemakaian.
Peraturan-peraturan ini adalah terpakai bagi sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan.


3. Tafsiran.
Dalam Peraturan-Peraturan ini –
“guru besar” atau “pengetua” ertinya pegawai dalam Perkhidmatan Pendidikan yang dilantik oleh Ketua Pengarah Pendidikan untuk mengurus sekolah;

“jawatankuasa” ertinya sekumpulan orang yang dilantik atau dipilih untuk menjalankan tugas persatuan sekolah;

“penasihat” ertinya guru yang dilantik oleh guru besar atau pengetua untuk memberi nasihat kepada persatuan sekolah;

“persatuan sekolah” ertinya apa-apa kelab atau persatuan murid dan guru sekolah.


4. Penubuhan persatuan sekolah.
Guru besar atau pengetua, setelah menerima permohonan secara bertulis, hendaklah menubuh persatuan sekolah daripada kategori yang berikut:

(a) mata pelajaran yang diajar di sekolah sebagaimana yang dinyatakan dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997;

(b) hobi dan rekreasi;

(c) sukan dan permainan;

(d) badan beruniform; dan

(e) apa-apa persatuan lain yang dilu1uskan oleh Pendaftar.

5. Laporan.
(1) Jawatankuasa tiap-tiap persatuan sekolah hendaklah mengemukakan. secara bertulis kepada guru besar atau pengetua, laporan yang tengkap mengenai perkara-perkara yang berikut:

(a) perlembagaan dan peraturan persatuan;

(b) senarai ahli jawatankuasa persatuan; dan

(c) senarai aktiviti utama persatuan.

(2) Laporan itu hendaklah dikemukakan dalam tempoh empat belas hari mula berkuatkuasanya Peraturan-Peraturan ini atau dalam hal persatuan yang ditubuhkan selepas Peraturan-Peraturan ini berkuatkuasa, dalam tempoh empat belas hari selepas mesyuarat pertama persatuan tersebut.


(3) Perlembagaan dan peraturan persatuan sekolah hendaklah diluluskan oleh guru besar atau pengetua.


6. Perubahan dalam perlembagaan dan peraturan persatuan sekolah.
(1) Jawatankuasa tiap-tiap persatuan sekolah hendaklah rnengemukakan secara bertulis kepada guru besar atau pengetua, laporan yang lengkap mengenai apa-apa perubahan dalam perlembagaan, peraturan, jawatankuasa atau ahli persatuan.

(2) Laporan itu hendaklah dikemukakan dalam tempoh empat belas hari dari tarikh yang laporan tentang perubahan yang dibuat dan hendaklah disahkan dengan tandatangan pengerusi dan setiausaha persatuan yang berkenaan.

(3) Guru besar atau pengetua boleh, menerima atau enggan untuk menerima perubahan yang dinyatakan dalam subperaturan (1).


7. Rekod persatuan sekolah.
Guru besar atau pengetua hendaklah menyimpan atau menyebabkan supaya disimpan suatu rekod tentang ahli-ahli persatuan sekolah dalam tempoh tiga puluh hari selepas berkuatkuasanya Peraturan¬-Peraturan ini dan hendaklah sedia ada bagi pemeriksaan oleh Pendaftar.

8. Penasihat.
Guru besar atau pengetua hendaklah melantik seorang atau beberapa orang guru untuk bertindak sebagai penasihat atau penasihat¬-penasihat bagi setiap persatuan sekolah dan guru besar atau pengetua itu hendaklah menyimpan atau menyebabkan supaya disimpan suatu rekod bertulis tentang maklumat itu dan hendaklah sedia ada bagi pemeriksaan oleh Pendaftar.

9. Akaun.
(1) Akaun bagi tiap-tiap persatuan sekolah hendaklah di bawah kawalan guru besar atau pengetua atau penasihat.

(2) Guru besar atau pengetua hendaklah menyimpan atau menyebabkan supaya disimpan suatu akaun yang sewajarnya dan hendaklah menyimpannya di bawah jagaannya bagi tempoh tidak kurang dan enam bulan setelah berakhir tiap-tiap tahun kewangan dan hendaklah sedia ada bagi pemeriksaan oleh Pendaftar.

(3) Apa-apa tajaan atau kutipan derma bagi setiap persatuan sekolah hendaklah mendapat kelulusan guru besar atau pengetua.

10. Mesyuarat.
Tiap-tiap mesyuarat persatuan sekolah atau jawatankuasanya hendaklah dihadiri oleh penasihat dan mana-mana guru lain yang telah dilantik oleh guru besar atau pengetua bagi maksud itu.

11. Pematuhan pengurusan persatuan sekolah, dsb.
Pendaftar, guru besar atau pengetua boleh, mengarah mana-¬mana persatuan sekolah mematuhi peraturan tentang pengurusan, aktiviti, keahlian atau yang selainnya benkenaan dengan persatuan itu.

12. Pembubaran persatuan.
(1) Pendaftar, guru besar atau pengetua boleh, secara bertulis, mengarah mana-mana persatuan sekolah dibubarkan jika dia berpuas hati bahawa persatuan itu mungkin digunakan bagi maksud —

(a) yang tidak memberi manfaat kepada guru atau murid;

(b) propaganda politik yang memudaratkan kepentingan Malaysia atau awam;
(c) yang memudaratkan kepentingan murid; atau
(d) yang melanggar mana-mana peruntukan Peraturan-Peraturan ini.

(2) Tiap-tiap arahan yang dibuat di bawah subperaturan (1) atau peraturan 10 hendaklah disiarkan dengan menampalkan suatu salinan mengenainya di papan kenyataan sekolah atau mana-mana tempat yang boleh dilihat di premis sekolah.

13. Pembatalan.
Peraturan-peraturan di bawah Seksyen 92 Ordinan Pelajaran 1952 dibatalkan.


Dibuat 8 April 1998.

Ringkasan peraturan pendidikan 2002

PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN
(PENDIDIKAN WAJIB) 2002*


PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 29A(5) Akta Pendidikan 1996, Menteri membuat peraturan-peraturan yang berikut:

1. Nama dan permulaan kuat kuasa.
(1) Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan
Pendidikan (Pendidikan Wajib) 2002.
(2) Peraturan-Peraturan ini mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2003.


2. Tafsiran.

Dalam Peraturan-Peraturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“guru besar” atau “pengetua” ertinya seorang pegawai dalam Perkhid¬matan Pendidikan yang dilantik oleh Ketua Pengarah Pendidikan, atau seseorang yang dilantik oleh lembaga pengelola suatu sekolah swasta, untuk bertanggungjawab bagi pentadbiran atau pengurusan sesuatu sekolah;

“murid cicir” ertinya seseorang yang tidak mengikuti pendidikan wajib di sekolah atau murid yang tidak hadir di sekolah selama suatu tempoh yang melebihi tiga hari berturut-turut, tetapi tidak termasuk murid yang tidak hadir di sekolah kerana ponteng, masalah kesihatan atau telah di¬kecualikan oleh Menteri di bawah subseksyen 29A(3) daripada mengikuti pendidikan wajib.


3. Murid cicir.

(1) Jika suatu aduan mengenai murid cicir diterima daripada mana-mana pihak —

(a) guru besar atau pengetua sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan hendaklah mengambil tindakan mengikut garis panduan dan arahan yang dikeluarkan oleh Ketua Pendaftar dan semasa ke semasa; dan

(b) guru besar atau pengetua sekolah swasta hendaklah mengemuka¬kan laporan kepada Pegawai Pendidikan di daerah atau kawasan masing-masing, atau Pendaftar.

(2) Pendaftar, Pegawai Pendidikan di daerah atau kawasan itu, guru besar atau pengetua boleh me1awat dan memberikan nasihat, serta memberikan apa-apa bantuan yang perlu kepada ibu bapa seseorang murid cicir dan murid cicir itu bagi memastikan murid itu mengikuti pendidikan wajib.

(3) Pendaftar, Pegawai Pendidikan di daerah atau kawasan itu, guru besar atau pengetua boleh mengarahkan supaya ibu bapa seseorang murid cicir memberikan penjelasan secara bertulis mengenai kegagalan mereka untuk memastikan bahawa anak mereka mengikuti pendidikan wajib.

(4) Pendaftar hendaklah, apabila berpuas hati bahawa seseorang murid cicir tidak mengikuti pendidikan wajib tanpa apa-apa sebab yang munasabah, mengeluarkan arahan bertulis kepada ibu bapa murid itu supaya memastikan anak mereka mengikuti pendidikan wajib.

(5) Ibu bapa itu hendaklah, setelah menerima arahan bertulis daripada Pendaftar, memastikan arahan itu dipatuhi.


Dibuat 8 November 2002.

pelupusan

PELUPUSAN

1. DEFINISI PELUPUSAN

Pelupusan adalah satu proses di mana sesuatu aset / barang awam yang secara fizikalnya masih ada dalam simpanan tetapi tidak digunakan atau diiperlukan dan perlu dikeluarkan dari simpanan dan rekod.

2. ASET
Harta yang mempunyai nilai dan boleh dijual atau dipindah milik

3. JENIS ASET

• Semua barang yang diperolehi daripada sumber wang kerajaan atau suwa

• Aset/barang yang dirampas/lucut hak milik/tidak bertuan/tidak dituntut (proses pelupusan tertakluk kepada Akta, Undang-undang dan Peraturan tertentu.)

• Aset/barang yang diterima sebagai hadiah/sumbangan

• Sampel/barang contoh tender/kontrak (Tatacara perlu disediakan oleh Kementerian/Jabatan

• Buku teks (SPBT)

4. OBJEKTIF PELUPUSAN

 Mendapat hasil pulangan yang terbaik

 Jimat ruang

 Akaun/rekod kedudukan sebenar dapat dikemaskini dan disempurnakan

 Mengelakkan barang-barang tersebut menjadi lebih tidak ekonomik untuk dilupuskan secara jualan sekiranya ia disimpan.


5. TUJUAN

 Untuk mengatasi :

• Kos menyimpan meningkat – contoh: kos sewaan bangunan, penggunaan elekterik, pengurusan, penyelenggaraan.

• Susut nilai – makin lusuh, rosak – turun nilai

• Risiko kehilangan – tanpa jagaan / penyeliaan

• Risiko kerosakan

• Risiko keusangan – lapuk/tidak boleh dipakai

• Kesempitan ruang – bilik dipenuhi barang-barang

• Pembaziran – tidak digunakan

• Modal terikat – tiada pulangan / hasil

 Membolehkan Jabatan mendapat gantian / barang baru

6. BILA PERLU DIBUAT PELUPUSAN

• Barang-barang yang pecah dan rosak
• Habis tempoh penggunaan yang ekonomik
• Tidak ekonomik dibaiki
• Lusuh/usang
• Kondem
• Tamat tempoh penggunaan
• Melebihi keperluan (berlebihan)
• Tidak sesuai lagi digunakan (akibat perubahan teknologi)
• Tidak/lambat bergerak (di stor)
• Sudah diganti
• Tidak diperlukan lagi
Disyorkan selepas urusan verifikasi stok, pengiraan stok dan pemeriksaan stok.
7. HAD AMAUN MAKSIMUM PELUPUSAN / HAPUS KIRA HARTA BENDA KERAJAAN YANG BOLEH DILULUSKAN KETUA-KETUA JABATAN / BAHAGIAN DI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DAN JUGA PENGARAH PELAJARAN NEGERI

- Perbendaharaan Malaysia Melebihi RM50,000 seunit atau RM500,000 secara aggregat (melalui Bahagian Kewangan)


KSU KPM/Ketua Jabatan/Bahagian KPM/ Pengarah Pelajaran Negeri/
Pengarah Bahagian Pengurusan Pendidikan Teknik & Vokasional- Sehingga RM50,000 seunit atau RM500,000 secara aggregat

8. TATACARA PELUPUSAN

8.1. Tanpa Lembaga Pemeriksa (Panduan 218 PPTPS)

• Barang/aset yang nilai perolehan asal tidak melebihi RM20,000 seunit dan RM300,000 secara aggregat – tidak boleh digunakan dengan ekonomi, hanya boleh mendapatkan hasil jualan sisa sahaja.

• Tidak bernilai untuk dijual : Contoh – pinggan mangkuk pecah
• Tidak boleh dijual disebabkan dasar kerajaan/keselamatan awam
• Senaraikan aset/barang
• Borang Pelupusan Tanpa Lembaga Pemeriksa (AP 218).
• Kemukakan senarai kepada Pegawai Pengawal/ Pengarah Pelajaran atau pegawai yang telah diturunkan kuasa untuk meluluskan pelupusan (Ruj. PU(B)116. dan PU (B) 513)

• Senarai tidak perlu dihantar ke Kementerian Kewangan.
• Jangan campurkan aset/barang yang melebihi RM20,000 seunit dengan yang kurang daripada RM20,000
• Tindakan ini hendaklah diluluskan oleh Pegawai Pengawal/Pengarah Pelajaran Negeri mengikut kadar di atas

8.2. Dengan Lembaga Pemeriksa (Panduan 212 PPTPS)

• Nilai perolehan asal melebihi RM20,000 seunit atau RM300,000 secara aggregat

• Lembaga Pemeriksa hendaklah dilantik oleh Pegawai Pengawal atau pegawai yang menerima perwakilan kuasa – terdiri dari 2 orang pegawai (salah seorang hendaklah terdiri daripada Pegawai Kumpulan Pengurusan & Profesional) yang tidak terlibat secara langsung dalam pengendalian aset dan barang berkenaan dan perlu membuat pemeriksaan.

• Lembaga boleh dilantik mengikut jawatan atau mengikut nama individu dan mengikut tempoh tertentu dan boleh dibuat secara tahunan pada awal tahun.

• Berkebolehan menilai/menaksir kegunaan barang-barang

• Bagi barang-barang berbentuk kenderaan, mesin atau loji hendaklah memperolehi Sijil Tidak Ekonomik Dibaiki (TEB) daripada penilai JKR atau firma yang mengeluarkannya terlebih dahulu.

• Lembaga Pemeriksa menyediakan daftar barang-barang yang hendak dilupuskan . Borang Kew 300V digunakan ( 6 salinan ) serta 1 salinan dokumen lain seperti sijil TEB, laporan kemalangan atau laporan kerosakan.

• Pendapat dan syor cara pelupusan hendaklah dinyatakan dengan jelas di Laporan Lembaga Pemeriksa.

• Laporan hendaklah dikemukakan kepada Pegawai Pengawal/Urusetia Pelupusan.

• Tindakan susulan hendaklah diambil jika kelulusan lewat.

• Bagi barang yang nilai perolehan asalnya melebihi RM50,000 seunit dan RM500,00 secara aggregat, permohonan pelupusan hendaklah dikemukakan kepada Perbendaharaan Malaysia melalui Bahagian Kewangan Kementerian Pelajaran.

9. PENUBUHAN LEMBAGA PEMERIKSA KEMENTERIAN PELAJARAN - Panduan Perbendaharaan, Tatacara Pengurusan Stor 212 . (Ruj.Sem.KP.1589/5/(97) bertarikh 9 September, 1989)

KSU Kementerian Pelajaran selaku Pegawai Pengawal telah bersetuju melantik pegawai-pegawai berikut untuk menganggotai Lembaga Pemeriksa:

9.1. Jabatan Pelajaran Negeri

- Pengarah Pelajaran / Timbalan Pengarah
- Ketua Sektor
- Pegawai Eksekutif

9.2. Pejabat Pelajaran Daerah

- Pegawai Pelajaran Daerah
- Penolong Pegawai Pelajaran Daerah
- Penyelia Sekolah Rendah




9.3. Pusat Sumber Pendidikan Negeri

- Ketua Penolong Pengarah PSPN
- Pegawai Penyelaras yang tidak ada kaitan dengan pengurusan barang-barang yang dilupus
- Ketua Pembantu Tadbir

9.4. Sekolah Menengah/Sekolah Rendah

- Pengetua/Guru Besar
- Penolong Kanan
- Guru/Ketua Bahagian yang tidak ada kaitan dengan pengurusan barang-barang berkenaan.

10. TUGAS LEMBAGA PEMERIKSA

• Menyediakan jadual pemeriksaan
• Memberitahu Jabatan untuk membuat persediaan (Jabatan boleh membantu dengan menyediakan maklumat tentu di Kew.300V)
• Memeriksa aset / barang
• Menyediakan Laporan Lembaga Pemeriksa (Kew.300V)/ lengkapkannya jika telah disediakan lebih awal.
• Syorkan cara-cara pelupusan yang sesuai (Rujuk SPP Bil.02/1997)
• Menandatangani Kew.300V dan kemukakan kepada Pegawai Pengawal / Urusetia Pelupusan.

11. SIJIL TEB (TIDAK EKONOMIK DIBAIKI)

Barang-barang berikut perlu mendapat sijil TEB

• Kenderaan bermotor
• Loji
• Jentera
• Mesin/peralatan mekanikal, elekterik, elektronik
• Perakuan Lembaga Pelupusan Peralatan Komputer (LPPK) /Jawatankuasa Teknikal (untuk peralatan komputer). Ruj.SPP 7/1995

12. SIAPA YANG MENGELUARKAN SIJIL TEB

• Pegawai-pegawai yang berkelayakan dalam bidang-bidang tertentu seperti Jurutera Jentera,Jurutera Mekanikal, Jurutera Elektrik
• Pembekal atau agen pembekal
• Syarikat yang menyenggarakan aset

• Rekod penyelenggaraan di Kew 312 (Daftar Harta Modal) boleh digunakan bila bermasalah memperolehinya.

• Laporan pemeriksaan firma boleh digunakan dalam keadaan tertentu

• Pegawai yang mengeluarkan Sijil TEB hendaklah tidak terlibat secara langsung dalam pengurusan/pengendalian aset.


13. KAEDAH PELUPUSAN (Mengikut Tatacara Pengurusan Stor (Panduan 222 – 225) Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 02/1997)

13.1. Penjualan melalui:

• Tender
• Sebutharga
• Lelong
• Tukar beli (trade in)
• Kontrak pusat

13.2. Pindahan

• Pindahan kepada agensi kerajaan negeri atau badan berkanun memerlukan kelulusan Perbendaharaan Malaysia terlebih dahulu.

• Pindahan kepada agensi kerajaan persekutuan hanya perlu dimaklumkan sahaja kepada Perbendaharaan.

• Perlu disokong oleh ‘Surat Setuju Terima’ dari agensi yang menerima.

13.3. Hadiah

• Perlu mendapat kelulusan Perbendaharaan (Permohonan melalui Bahagian Kewangan Kementerian Pelajaran Malaysia)

• Perlu disokong oleh ‘Surat Setuju Terima’

13.4. Tanam / Bakar / Buang / Tenggelam / Lebur

• Untuk barang-barang makmal, bahan kimia dan barang yang rosak teruk
• Dirujuk kepada Pihak Berkuasa Tempatan di tempat masing-masing
• Mengikut garis panduan Jabatan Alam Sekitar / agensi lain yang berkaitan

13.5. Cara-cara lain

Kaedah pelulusan perlu memberi keutamaan kepada kriteria pulangan hasil yang sesuai dan paling menguntungkan kerajaan.


14. PELUPUSAN PERALATAN KOMPUTER (SPP Bil. 7 Tahun 1995) – Garispanduan Pelupusan Peralatan Komputer

14.1. Tafsiran

Semua perkakasan atau komponen fizikal, dan perisian dalam sesuatu sistem komputer

14.1.1. Perkakasan atau komponen fizikal – perkakasan utama sistem komputer, perkakasan peripheral, alat-alat input/output, perkakasan komunikasi dan media komputer
14.1.2. Perisian komputer – semua jenis program dalam sistem komputer.
14.2. Kriteria.

14.2.1. Keupayaan / kecekapan peralatan adalah rendah
14.2.2. Kos penyelenggaraan/kos pengoperasian adalah tinggi berbanding prestasi peralatan.
14.2.3. Kekerapan berlaku ralat (error)
14.2.4. Firma/agen pembekal tidak lagi beri khidmat sokongan
14.2.5. Alat-alat ganti sukar diperolehi
14.2.6. Diperakukan oleh LPPK
14.2.7. Nilai perolehan asal melebihi RM10,000 tiap satu atau RM100,000 keseluruhan.

14.3. Penubuhan Lembaga Pelupusan Peralatan Komputer (LPPK)

14.3.1. Dilantik oleh Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran Malaysia (MAMPU) yang terdiri dari
• Pengerusi - Ketua Pengarah / Timbalan Ketua Pengarah MAMPU
• Ahli – Seorang Juruanalisa Sistem (Kategori F2 ke atas) dari INTAN
• Ahli – Seorang Jurutera Elektronik Malaysia (MIMOS)
• Ahli – Seorang Pakar Komputer dari Universiti Tempatan
• Ahli – Seorang Pakar Komputer dari mana-mana agensi sektor awam

14.3.2. Berpengalaman sekurang-kurangnya 5 tahun dalam bidang komputer
14.3.3. Perlantikan untuk satu tempoh tidak melebihi 2 tahun
14.3.4. Korum untuk mesyuarat LPPK ialah 3 orang

15. PELUPUSAN BUKU TEKS (SPBT)
(Rujuk Surat Pekeliling Kewangan Bil.2/1989)

15.1. Lembaga Pemeriksa – Ditubuhkan di peringkat sekolah
- Pengarah Pelajaran Negeri/Pegawai yang dilantik
- Pengetua/Guru Besar sekolah berkenaan
- Guru Kanan/Penolong Kanan sekolah berkenaan
- Guru SPBT sekolahberkenaan.

15.2. Pelupusan Buku Teks Agama Islam perlu diasingkan dan dilupuskan secara dibakar. (Tidak boleh diserahkan kepada Jabatan Percetakan atau Kontraktor)

16. HASIL PELUPUSAN

• Hendaklah dipulangkan sebagai hasil kerajaan dan dihantar kepada PTJ masing-masing

17. TUGAS URUSETIA PELUPUSAN DI JABATAN/BAHAGIAN

• Menguruskan perlantikan Lembaga Permeriksa (Minta cadangan ahli dari Jabatan jika perlu)

• Minta Laporan Lembaga Pemeriksa daripada Lembaga yang telah dilantik.

• Perolehi kelulusan daripada Pegawai Pengawal / Pegawai yang telah diperwakilkan kuasa atau Kementerian Kewangan.

• Hantar peringatan jika kelulusan belum diterima.

• Sampaikan kelulusan kepada agensi untuk tindakan pelupusan.

• Susuli sehingga pelupusan selesai (Pastikan dalam tempoh 3 bulan)

• Pohon lanjutan pelupusan atau cara pelupusan lain jika pelupusan tidak dapat diselesaikan dalam tempoh 3 bulan.

• Perolehi Sijil Pelupusan (Kew.300X)

• Hantar Sijil Pelupusan ke Bahagian Kewangan / Audit Negara.

• Pastikan rekod dikemaskini ( Catat di Daftar Harta Modal/Inventori/ Rekod Stok)

• Laporkan kepada Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan (JKPAK) Kementerian Pelajaran Malaysia tiap-tiap 3 bulan mengenai urusan pelupusan.

18. TINDAKAN PELUPUSAN SELEPAS MENDAPAT KELULUSAN

18.1. Pelupusan dijalankan dalam tempoh 3 bulan dari tarikh kelulusan
18.2. Sediakan 6 salinan Sijil Pelupusan Barang (Kew 300X)
18.3. Sediakan 6 salinan Sijil Saksi (bagi pelupusan secara dibakar, ditanam dan dibuang)
18.4. Hantarkan bersama Kew 300V kepada:

i. Bahagian Kewangan Kementerian Pelajaran Malaysia
ii. Perbendaharaan Malaysia (Bhg. Pengurusan Perolehan Kerajaan)
iii. Ketua Audit Negara
iv. Pejabat Audit Sekolah Negeri
v. Pengarah Pelajaran Negeri

18.5. Keluarkan barang dari stok
18.6. Pohon perlanjutan tempoh pelupusan atau cara lain jika pelupusan tidak dapat diselesaikan dalam tempoh tersebut.
18.7. Hasil jualan harta benda yang dilupuskan perlu dikembalikan ke hasil kerajaan.

19. PELUPUSAN BAHAN-BAHAN BERCETAK

• Pihak-pihak yang berkuasa memberi kelulusan:

• Jabatan Akauntan Negara
- Dokumen / borang kewangan yang telah digunakan

• Ketua Audit Negara
- Dokumen / borang kewangan yang belum digunakan

• Arkib Negara
- Dokumen Am / Buku / Fail

• Bahan bercetak yang mengandungi unsur-unsur seperti berikut perlu dirujuk kepada Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan:

• Maklumat / unsur keselamatan
• Dokumen terhad, sulit, rahsia
• Lesen, permit
• Borang dengan maklumat peribadi orang ramai

20. PELUPUSAN DOKUMEN KEWANGAN

• Dokumen Kewangan yang disenaraikan seperti di Lampiran ‘M’ A.P. 150

• Buku Tunai / Baucer Bayaran (Tempoh menyimpan 7 tahun selepas penutupan akaun terakhir sekiranya tiada kes teguran audit)

• Resit pendua ( Tempoh menyimpan 3 tahun )

• Daftar Kutipan Harian / Buku Bayaran Pos ( Tempoh menyimpan 1 tahun )

• Kaunterfoil cek ( Selepas pengauditan tahun berkenaan )

Boleh dimusnahkan tetapi perlu mendapat kelulusan :

Jabatan Akauntan Negara,
Bahagian Perkhidmatan Audit Dalam dan Kawalan,
Tingkat 16 & 23, Plaza Pengkalan,
Batu 3, Jalan Ipoh,
51100 Kuala Lumpur
(u.p: Pemusnahan Dokumen)

dengan terlebih dahulu mendapat pengesahan Ketua Audit Negara dan Ketua Pengarah Arkib Negara ( Permohonan dari luar Kuala Lumpur pengesahan adalah dari Audit Negara dan Arkib Negara Cawangan Negeri masing-masing.

• Pengesahan tambahan dari Badan Pencegah Rasuah, Pegawai Keselamatan Kerajaan dan Audit Dalam Kementerian (jika perlu)

• Pengakuan Jabatan bahawa dokumen yang hendak dimusnahkan tidak lagi mempunyai hal kewangan/perakaunan yang belum selesai dan bebas dari penyiasatan pihak-pihak lain seperti Audit Dalam Kementerian, Badan Pencegah Rasuah, Pihak Berkuasa Polis, Mahkamah dan pihak-pihak yang berkaitan.

• Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) boleh menghantar wakil untuk pemeriksaan ke atas dokumen yang hendak dimusnahkan samada sebelum kelulusan dan/atau selepas kelulusan.

• JANM juga boleh menghantar wakil untuk penyaksian semasa pemusnahan.

KESIMPULAN

Pengetua/Guru Besar perlu memastikan aset sekolah digunakan dengan cara terbaik dan optimum. Dengan cara ini dapat mengelakkan pelupusan dibuat sebelum tempoh aset perlu dilupuskan. Bagi aset yang tidak boleh digunapakai lagi sememangnya perlu dilupuskan melalui tindakan pelupusan mengikut tatacara yang ditetapkan. Sekiranya tindakan pelupusan tidak dibuat oleh pihak sekolah, kemungkinan pembaziran dan kerugian akan berlaku.

Pelupusan perlu dibuat terhadap aset yang sudah tidak boleh digunakan bagi mengelakkan berlakunya kehilangan dan kerosakan berterusan yang tidak ekoomik lagi kepada jabatan. Dengan cara ini beban tanggungjawab dapat dikurangkan serta boleh meningkatkan lagi tahap pencapaian kerja dari semasa ke semasa. Manakala hasil pelupusan boleh dimasukkan balik ke akaun hasil kerajaan.

contoh penulisan kertas cadangan

KERTAS CADANGAN: PENGURUSAN KURIKULUM
PROGRAM PEMULIHAN

1.0 Rasional

Berdasarkan analisa keputusan peperiksaan PMR tahun 2005 yang agak baik, maka pihak sekolah telah terdorong untuk meningkatkan lagi pencapaian itu untuk merealisasikan visinya menjedi sekolah cemerlang di Daerah Jempol menjelang tahun 2007. Sehubungan itu, satu analisa kekuatan dan kelemahan (KLAP) telah dijalankan keatas prestasi pelajar tingakatan satu dan dua dan didapati masih terdapat pelajar-pelajar yang sangat lemah menulis, membaca dan mengira (3M). Kelemahan menguasai kemahiran 3M ini dijangka akan menyukarkan sekolah untuk meningkatkan prestasinya jika langkah-langkah pemulihan tidak diambil segera.

Selain daripada keperluan untuk meningkatkan prestasi kurikulum sekolah, kelas pemulihan ini juga boleh menjadi landasan terbaik untuk meningkatkan motivasi pelajar. Akibat kegagalan menguasai kemahiran asas ini, maka motivasi pelajar berkenaan berada dalam keadaan yang sangat rendah untuk berada di dalam kelas sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan.

Hasil temubual yang dilakukan ke atas pelajar-pelajar berkenaan, mereka menyatakan bahawa mereka sentiasa berada dalam keadaan tertekan kerana bimbang gagal menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru yang mengajar. Mereka juga berasa bimbang jika gagal memberikan jawapan yang betul apabila dikehendaki oleh guru. Perasaan rendah diri juga begitu menyelubungi pelajar berkenaan kerana mereka sentiasa berasa lemah berbanding rakan-rakan mereka yang lain yang mampu menguasai kemahiran membaca.

Untuk mengatasi kerunsingan akibat tekanan-tekanan ini, akhirnya mereka memilih untuk ponteng kelas atau ponteng sekolah di samping menimbulkan masalah-masalah lain ketika proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Antara masalah-masalah yang sering dilakukan ketika proses pengajaran dan pembelajaran adalah seperti membuat bising, menganggu rakan lain, lewat atau tidak menyiapkan tugasan, mengantuk, tidak memberikan tumpuan ketika guru mengajar dan tidak membawa buku latihan ke sekolah.
Sehubungan itu, pihak sekolah telah bersetuju untuk mengatasi masalah keciciran ini dengan mengadakan program pemulihan. Konsep program ini adalah melatih semula pelajar berkenaan dengan kemahiran asas menulis dan membaca. Bahan-bahan yang akan digunakan adalah bahan-bahan yang menarik minat dan sesuai dengan tahap pencapaian pelajar berkenaan.

2.0 Matlamat

Meningkatkan pencapaian akademik pelajar tingkatan satu dan dua yang lemah menguasai kemahiran menulis dan membaca.

3.0 Objektif

Di akhir program adalah diharap peserta yang terpilih akan dapat:

3.1.1 Menguasai kemahiran membaca
3.1.2 Menguasai kemahiran menulis
3.1.3 Meningkatkan pencapaian markah ujian bulanan
3.1.4 Meningkatkan motivasi untuk belajar dengan lebih bersungguh-sungguh
3.1.5 Mengurangkan masalah ponteng kelas dan ponteng sekolah akibat tekanan belajar daripada guru dan rakan-rakan


4.0 Butir-Butir Program

4.1.1 Nama Program : Kelas pemulihan
4.1.2 Kandungan aktiviti :

 Mengadakan mesyuarat dengan AJK kurikulum
 Mengenalpasti kelompok sasaran melalui guru yang mengajar
 Membuat ujian dianostik
 Memberikan ujian standard awal (TOV)
 Motivasi diri
 Melaksanakan kelas pemulihan
 Penilaian pencapaian
 Penamatan

4.1.3 Kaedah pelaksanaan : Bimbingan dalam
kelas
4.1.4 Jangkamasa dilaksanakan : Dua waktu pengajaran
seminggu selama dua bulan
4.1.5 Kelompok sasaran : Kelas terpilih
tingkatan satu dan dua
4.1.6 Tarikh pelaksanaan : Bulan Mac hingga
April 2006

5.0 Konsep Pelaksanaan

Setelah pelajar-pelajar yang terlibat dikenalpasti, mereka akan dikumpulkan di satu bilik khas dan akan dilatih menguasai kemahiran membaca selama dua jam seminggu dengan menggunakan buku terbitan khas Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) di samping bahan-bahan lain yang sesuai dengan minat dan keperluan pelajar. Di samping menggunakan modul buku KPM ini, pelajar juga akan diberikan latihan dan bahan tambahan sebagai pengukuhan. Latihan ini akan dilaksanakan oleh guru-guru yang mengajar matapelajaran Bahasa Melayu. Selepas tempoh dua bulan berakhir, pelajar ini akan diuji tahap penguasaannya sebelum program ini ditamatkan.

6.0 Kewangan

6.1.1 Sumber : Panitia Bahasa Melayu
6.1.2 Perbelanjaan:
a) Buku Modul Kelas Pemulihan KPM RM300.00
b) Alatulis RM200.00
c) Runcit RM 50.00
________________________________________
JUMLAH RM550.00

7.0 Strategi Pelaksanaan / Carta Gantt

( Buat lampiran )

Di sediakan oleh,

………………………………….
( EN. RAZALI BIN MD. TAIB )
Setiausaha Kursus Kepimpinan Pelajar
SMK batu Kikir (Model Khas) Tahun 2006 /
Peserta NPQH Kohort 9 Tahun 2005


Disahkan oleh,


……………………………………

LAMPIRAN 1 – aktiviti ( ikut minggu )

1. Ujian dianostik dan ujian standard awal (TOV) kepada pelajar tingkatan satu yang terpilih
2. Aktiviti kelas pemulihan dilaksanakan dilaksanakan
3. Ujian pencapaian kepada peserta ( penilaian program )
4. Penyerahan semula peserta kepada guru kelas / penamatan

garis panduan penulisan ilmiah 3

GARISPANDUAN PENULISAN LAPORAN PROJEK ILMIAH INSTITUT SAINS MATEMATIK

1. PENGENALAN
Panduan ini menjelaskan garispanduan yang mininum bagi format dan bentuk akhir Laporan bagi Projek Ilmiah yang dijalankan di ISM.

2. SUSUNAN KANDUNGAN
Pada asasnya, Laporan Projek Ilmiah ini mengandungi tiga bahagian iaitu:
1. Pendahuluan/Preliminari
2. Teks
3. Tambahan/Suplementari
Penyusunan setiap bahagian ini adalah mengikut budibicara calon selepas berbincang dengan penyelia.
2.1 Pendahuluan/Preliminari
Pendahuluan mengandungi yang berikut:
• Halaman Judul
Judul/tajuk seperti yang telah dipersetujui bersama penyelia, nama calon seperti didaftar dengan universiti, kenyataan ‘…diserahkan untuk memenuhi keperluan bagi ijazah…’ dan tarikh penyerahan.
• Abstrak
Biasanya ditulis kemudian tetapi diletakkan di bahagian hadapan Laporan Projek Ilmiah selepas halaman judul. Kegunaan abstrak ialah
a. meringkaskan struktur asas Laporan Projek Ilmiah
b. membantu pembaca mengingat fakta-fakta penting.
Abstrak selalunya ditulis tidak melebihi 200-250 perkataan untuk Laporan Projek Ilmiah.
• Penghargaan
Bahagian ini tidak diwajibkan. Walau bagaimanapun, kebanyakan Laporan Projek Ilmiah memasukkan satu kenyataan yang ringkas untuk menyampaikan penghargaan terhadap sebarang bantuan istimewa.
• Isi Kandungan
Tajuk, bab dan pecahan kecil yang utama hendaklah disenaraikan. Sebaiknya tajuk dinomborkan (contoh: 1), tajuk kecil ( contoh: 1.3) dan tajuk yang kecil kepada tajuk kecil (contoh: 1.3.7). Huruf kecil di dalam kurungan [ contoh: 1.3.7(a)] boleh digunakan untuk membahagikan tajuk kecil menjadi lebih kecil lagi. Sistem pernomboran ini dapat memberikan gambaran tentang tajuk besar dan tajuk kecil dan perkaitan antaranya.
• Senarai Rajah
Senarai ini menggunakan nombor dan penerangan yang sama dengan yang terdapat pada sebelah bawah rajah di dalam teks atau apendiks. Sistem pernomboran seperti [contoh: Rajah 1, Rajah 1.3, Rajah 1.3.7 dan Rajah 1.3.7(a)] bolehlah digunakan.
• Senarai Jadual
Senarai ini juga menggunakan nombor dan penerangan yang sama dengan yang terdapat pada sebelah atas jadual di dalam teks atau apendiks. Sistem pernomboran [contoh: Jadual 1, Jadual 1.3, Jadual 1.3.7 dan Jadual 1.3.7 (a)] patut digunakan.
• Senarai Simbol, Kependekan atau Tatanama (Jika ada)
Senarai ini diletakkan selepas senarai rajah dan jadual.
2.2 Teks
Format am yang disarankan untuk teks adalah seperti berikut:
a. Font: Times New Roman ; saiz 12 bagi teks isi kandungan
b. Tajuk bagi setiap bahagian hendaklah ditulis di dalam bold
Susunan teks adalah terpulang kepada pelajar dan penyelianya. Lazimnya teks mengandungi bab-bab berikut:
• Pengenalan
Pengenalan mengemukakan masalah yang diselidiki, menghuraikan matlamat kajian dan menggariskan rancangan tindakan penyelidikan.
• Metodologi
Satu huraian yang mendalam tentang kaedah penyelidikan dan bahan/instrumen yang digunakan. Kaedah-kaedah percubaan hendaklah dijelaskan dengan satu cara yang memungkinkan orang lain menjalankannya tanpa masalah.
• Keputusan dan analisis data
Keputusan yang didapati boleh dibentangkaitkan dalam bentuk rajah, jadual dan sebagainya.
• Perbincangan
Membincangkan keputusan dan analisis data yang didapati dengan lain-lain penyelidik atau perbandingan dengan hipotesis awal dan sebagainya.
• Ringkasan dan kesimpulan
Ini merupakan bahagian major terakhir di dalam teks. Menyimpulkan hasil penyelidikan yang diperolehi.
• Cadangan
Bahagian ini tidak wajib dan dicetak selepas ringkasan dan kesimpulan hanya jika sesuai dengan kajian.
2.3 Tambahan/Suplementari
Suplementari patut terdiri daripada:
• Instrumen penyelidikan seperti borang soal-selidik, peta atau program komputer.
• Apendiks
Apendiks mengandungi bahagian ilustrasi tambahan, data asal dan petikan yang terlalu panjang hingga tidak dapat dimuatkan ke dalam teks. Bahagian ini dapat menghindarkan pembaca melencong dari perbincangan utama.
Ia boleh dibahagikan kepada Apendiks A, B, C dan sebagainya. Tiap-tiap apendiks serta tajuknya, jika ada, hendaklah disenaraikan secara berasingan di dalam Isi Kandungan.
Semua jadual dan rajah di dalam Apendiks hendaklah bernombor dan bertajuk serta disenaraikan di dalam Senarai Jadual dan Senarai Rajah.
• Bibliografi
Sebarang Laporan Projek Ilmiah yang menggunakan karya-karya lain, samada di dalam petikan secara langsung atau melalui rujukan, haruslah mengandungi bibliografi yang menunjukkan puncanya.
Bibliografi ini dimulakan pada mukasurat yang baru dan ditaip dengan huruf besar. Senarai rujukan dimulakan tiga jarak di bawah tajuk itu. Tiap-tiap rujukan ditaip dengan dua jarak di antara satu sama lain dan satu jarak di dalam rujukan yang sama. Senarai rujukan adalah tidak bernombor.
Senarai rujukan boleh ditulis mengikut Sistem Harvard (sila rujuk Apendiks) atau sistem lain yang sesuai.

3. PENYERAHAN TESIS
Pelajar-pelajar dikehendaki menghantar 2 salinan Laporan Projek Ilmiah yang telah siap kepada Setiausaha di Pejabat ketua ISM selewat-lewatnya hari Isnin minggu ke lima belas.

4. FORMAT
4.1 Penjilidan
Dua salinan Laporan Projek Ilmiah hendaklah dijilidkan dengan berkulit nipis, satu daripadanya mestilah merupakan naskah asal yang mengandungi hasil kerja dan kajian calon yang asli. Tajuk yang lengkap, nama penulis, nama Universiti dan tahun penyerahan mestilah ditaip pada kulit depan.
ISM akan menyediakan kemudahan penjilidan. Penjilidan menggunakan gegelung (ring bind) tidak digalakkan.

4.2 Panjang Tesis
Laporan Projek Ilmiah mestilah tidak melebihi 100 muka surat (termasuk bahagian Tambahan /Suplimenteri). Projek-projek yang melibatkan pengaturcaraan komputer digalakkan memberi aturcara-aturcara yang dibina di dalam disket. Disket ini hendaklah disertakan bersama semasa Laporan projek Ilmiah yang dihantar.

4.3 Kertas dan Penduaan
Gunakan kertas putih saiz A4 (210 x 297 mm) yang bermutu baik (80 g/m2) sahaja. Kertas pendua atau kertas komputer "pin-feed" tidak boleh digunakan. Hanya sebelah muka surat sahaja yang boleh dicetak.
Semua naskah mestilah bersih dan dapat dibaca dengan jelas.
4.4 Penaipan
4.4.1 Kualiti Penaipan
Laporan Projek Ilmiah mestilah ditaip jarak. Hanya satu jenis corak taip yang perlu digunakan iaitu New Times Roman untuk teks dan persamaan matematik. Tulisan skrip tidak diterima. Saiz huruf pada keseluruhannya ialah 12 font.
Pemotongan huruf atau perkataan tidak dibenarkan. Sebarang pemadaman mestilah bersih. Penggunaan pita lutsinar (selofen tape) untuk sebarang tampalan juga tidak dibenarkan.
4.4.2 Jarak
jarak bagi teks am mestilah digunakan pada keseluruhannya. Satu jarak pula bolehlah digunakan semasa membuat jadual yang panjang, petikan yang panjang, nota, catatan kaki, keterangan yang mengandungi beberapa banyak baris dan senarai bibliografi.
4.5 Birai
Birai yang ditetapkan bagi teks am adalah seperti yang berikut:
Tepi sebelah atas : 2.5 cm.
Tepi sebelah kanan : 2.5 cm.
Tepi sebelah kiri : 4.0 cm.
Tepi sebelah bawah : 2.5 cm.
Selain yang di atas, panduan yang berikut ini hendaklah juga dipatuhi:
Jangan taip lebih daripada satu baris di bawah baris birai. Jika yang sebaris itu perlu ditaip, ialah untuk melengkapkan nota kaki ataupun baris terakhir sesuatu bab, pecahan kecil, atau keterangan rajah. Semua jadual dan rajah, termasuk keterangan, mestilah mengikuti format birai.
Sesuatu perenggan yang baru pada bahagian bawah sesuatu muka surat mestilah mengandungi sekurang-kurangnya dua baris yang lengkap ditaip; jika tidak hendaklah dimulakan pada muka surat yang baru.

4.6 Penomboran Mukasurat
Semua nombor mukasurat dicetak tanpa tanda bacaan. Nombor dicetak 1.0 cm dari sebelah bawah mukasurat di sebelah kanan barisan teks. Keseragaman di dalam pengaturan adalah penting.
Bahagian Permulaan diberi nombor kecil Roman secara berturutan (i, ii, iii dan seterusnya). Mukasurat Judul pada muka hadapan tesis dianggap sebagai mukasurat i, tetapi nombornya tidak ditaip. Nombor Roman ii terletak pada mukasurat pertama selepas mukasurat judul.
Teks dan semua mukasurat Bibliografi termasuk Apendiks diberi nombor Arab berturut-turut (1, 2, 3, dsb.), bermula dengan 1 pada mukasurat pertama teks itu.
Tiap-tiap mukasurat yang telah ditaip atau yang mengandungi lukisan mestilah mempunyai satu nombor kecuali mukasurat Judul.

4.7 Pecahan Kecil
Sebarang keperluan tertentu tentang susunan di dalam sesuatu teks tidak ditetapkan. Namun, sesuatu susunan yang telah dipilih hendaklah digunakan secara konsisten pada keseluruhannya.

4.8 Nota dan Catatan Kaki
Calon-calon hendaklah meminta nasihat penyelia masing-masing tentang hal ini. Contohnya, dalam bidang Sains dan Teknologi, catatan kaki tidak digalakkan. Saiz huruf yang digunakan bagi nota dan catatan kaki mestilah lebih kecil daripada saiz huruf yang digunakan di dalam teks am iaitu font 8.

4.9 Jadual
Jadual memang lazim dimuatkan di dalam teks. Jadual-jadual ini mestilah dimuatkan betul-betul di tengah muka surat di dalam birai yang telah ditetapkan. Setiap jadual mestilah mengandungi satu nombor rujukan dan keterangan. Nombor ini mestilah seiring dengan nombor bab yang di dalamnya jadual itu terdapat. Ada kebaikannya semua jadual didalam satu bab dikumpulkan dan diberi nombor secara berturutan. Sebagai contoh, jadual-jadual yang terdapat di dalam Bab 3 dapat diberi nombor Jadual 3.1, Jadual 3.2, Jadual 3.3, dan seterusnya.
Perkataan 'Jadual', nombor dan keterangannya dicetak pada sebelah atas jadual itu. Jika sesuatu jadual bersambungan pada muka-muka surat berikutnya, baris atas mukasurat baru hendaklah berbunyi (sebagai contoh: "Jadual 3.7, sambungan"). Keterangan tidak perlu diulangkan. Jika sesuatu jadual merupakan petikan, rujukannya mestilah dicatat.

4.10 Rajah
Rajah mungkin merupakan gambar foto yang dilekatkan pada mukasurat, ilustrasi atau graf, rajah sebenarnya ialah apa sahaja yang tidak merupakan teks atau jadual.
Perkataan ‘Rajah’, nombor rajah dan keterangannya diletakkan di bawah rajah itu. Lazimnya sesuatu rajah tidak melebihi satu muka surat. Jika rajah itu bersambung pada muka surat yang berikutnya, peraturan yang sama dengan peraturan menulis jadual hendaklah diikuti. Seperti jadual, rajah juga dapat dikumpulkan dan diberi nombor mengikut turutan.
Gambar foto yang lebih kecil daripada ukuran satu muka surat hendaklah dilekatkan dengan teguh. Gambar foto boleh juga dicetak sebesar kertas A4. Garis pada rajah hendaklah dibuat dengan kemas.

5. NOTA MAKLUMAT LAIN
5.1 Rujukan yang Diperakukan
Pelajar-pelajar dinasihati merujuk Laporan Projek Ilmiah calon-calon yang telah berjaya menamatkan kursus-kursus projek di ISM yang boleh didapati di bilik rehat kakitangan ISM. Pelajar-pelajar boleh membuat pinjaman melalui Pejabat Am ISM.
5.2 Unit Ukuran
Systeme International d'Unites (SI) hendaklah digunakan bagi semua data saintifik dan makmal. Jika angka lain perlu dipetik, angka ini hendaklah dimasukkan di dalam kurungan.
5.3 Etika Penyelidikan (Plagiarisme)
Plagiarisme berlaku apabila idea-idea atau perkataan-perkataan dari karya orang lain yang telah diterbitkan digunakan tanpa mencatatkan penghargaan kepada penulis. Dalam penggunaan idea atau perkataan orang lain, penghargaan mesti dibuat mengikut kebiasaan yang dinyatakan di bawah ini:
• Penggunaan idea atau perkataan orang lain mesti diakui secara perseorangan dalam teks. Tambahan pula, setiap karya yang dirujuk perlu dicatat di dalam Bibliografi.
• Sebarang penggunaan perkataan sebenar dari orang lain perlu diakui dengan menggunakan tanda petik serta dengan menyatakan sumbernya di dalam teks. Contohnya,

‘Civic education turned away from concentrating on the founding to concentrating on openness based on history and social sciences’ (Bloom, 1987, p. 29)

Petikan lima barisan atau lebih apabila ditaip harus dimulakan lebih jauh dari garis tepi dan tanda petik tidak perlu digunakan. Contohnya,

The general theory of relativity, on its own, cannot explain these features or answer these questions because of its prediction that the universe started off with infinite density at the big bang singularity. At the singularity, general relativity and all other physical laws break down: one couldn’t predict what will come out of the singularity. (Hawking, 1988, p. 122).

Sekiranya hanya sebahagian satu karangan dari sebuah buku digunakan, maka ia harus dinyatakan dengan menggantikan perkataan yang tidak digunakan dengan tiga titik. Contohnya,

‘There must be give-and-take, with the teacher being a participant as well as leader and...a source of answers’. (Sizer, 1984, p. 118).

Sebarang perkataan sendiri yang ditambah untuk melengkapkan sesuatu petikan perlu dimasukkan dalam tanda kurungan empat segi. Contohnya,

‘This principle [sanctity of contracts] is closely associated with that of freedom of contract...’ (Peden, 1982, p.9).

Sekiranya anda tidak memperoleh sumber asal bagi sesuatu petikan tetapi mendapati ia dirujuk di dalam karya orang lain, anda harus memberi sumber asal (penulis yang anda petik itu patut peroleh) dan rujukan yang anda dapati. Contohnya,

Skinner (1968, p. 21), quoted by Conant (1972, p.8), was...

Telah ditegaskan bahawa Laporan Projek Ilmiah yang diserahkan mestilah penghasilan asal pelajar sendiri.

APENDIKS
Sistem Harvard
Mengikut Sistem Harvard, sesuatu rujukan dibuat dengan menyebut nama pengarang dan tahun penerbitan. Di dalam teks, tahun pernerbitan diletakkan di dalam kurungan selepas nama pengarang sekiranya nama ini menjadi sebahagian ayat. Sebagai contoh :
Ch'ng (1986) atau Saleh & Zainuddin (1987)
ataupun, jika ada lebih daripada dua orang pengarang,
Nagendran et al. (1990)
Jika beberapa penulisan dibuat oleh pengarang yang sama di dalam tahun yang sama, abjad a, b, c, dan lain-lain bendaklah diletakkan selepas tahun penerbitan; sebagai contoh :
Karel & Labuza (1988b)
Sebaliknya pula, nama pengarang dan juga tahun penerbitan diletakkan di dalam kurungan jika nama pengarang bukan merupakan bahagian ayat. Sebagai contoh :
......... (Omar & Tan, 1989).
Jika beberapa penerbitan dirujuk di dalam sesuatu ayat, rujukan itu mestilah disebut mengikut susunan tahun. Walau bagaimanapun, jika beberapa penerbitan yang diterbitkan di dalam tahun yang sama dirujuk, rujukan itu mestilah disebut mengikut susunan abjad dengan rujukan yang ditulis oleh seorang pengarang didahulukan daripada rujukan yang hasilkan oleh beberapa orang pengarang.
Pada akhir tesis, semua rujukan hendaklah disenaraikan mengikut susunan abjad. Senarai ini tidak perlu diberi nombor. Rujukan tentang makalah hendaklah ditulis seperti yang berikut: nama pengarang singkatan nama (bukannya nama pengarang pertama et al.), tahun penerbitan diletakkan di dalam kandungan, tajuk penuh penulisan, nama makalah yang dipendekkan dengan huruf condong (atau digarisi pada sebelah bawah), nombor jilid ditulis dengan nombor Arab yang digarisi dua kali pada sebelah bawah (atau di dalam cetakan tebal), mukasurat permulaan dan mukasurat akhir penulisan itu. Sebagai contoh :
Kalotas, T. M. & Lee, A. R. (1990). A simple device to illustrate angular momentum conversation and instability. Am. J. Phys. 58 (1). 80-81.

Dalam sistem Harvard, judul buku ditulis didalam huruf condong (ataupun digarisi pada sebelah bawah) diikuti pula dengan nama bandar dan nama penerbit. Sebagai contoh:
Conn, E.E., Stumpf, P. K., Bruening, G,. & Doi, R.H. (1987). Outlines of Biochemistry, 5th edn. New York: John Wiley & Sons.

Rujukan kepada buku yang disunting boleh ditulis seperti ini:-
Hocking, A. D. (1988). Mould and yeasts associated with foods of reduced water activity: Ecological interactions. In Food Preservation by Moisture Control (Seow, C. C., ed.), p. 57-72.London: Elsevier Applied Sci. Publ.