Oktober, november, disember
bulan mendatang ini menjanjikan beberapa tugasan guru yang semakin bertambah walaupun hujung tahun menjelang tiba. ramai melihat guru akan berada dalam zon selesa kerana bercuti panjang sempena meraikan cuti persekolahan 2009. malangnya mereka tidak sedar bahawa kita berhadapan dengan peperiksaan spm , stpm , headcount dan segala macam persediaan untuk mengangkat nama sekolah untuk meningkatkan peratus , mengurangkan bilangan pelajar gagal , menambah baik pelajar galus dan meminimakan bilangan pelajar garus. segala usaha ini dilakukan secara berterusan walaupun sehingga saat akhir hari peperiksaan menjelang tiba. itulah beban guru yang tidak dinampak oleh pihak awam dan masyarakat.
guru kelas pula menyiapkan sijil persekolahan untuk setiap pelajar bagi dikemaskinikan dengan sijil berhenti sekolah.
guru lain pula akan sibuk dengan program selepas pmr , ada ceramah , taklimat , soal selidik , ujian personaliti , ujian kemahiran , kuiz, perlawanan bola sepak , futsal atau lainnya.
pelajar tingkatan 1, 2,4 dan enam rendah tentunya bersedia dengan peperiksaan akhir tahun.sudah tentu proses penandaan kertas dan skrip jawapan akan berada di atas mejasebelum cuti sekolah berakhir markah perlu disediakan dan dimasukkan ke dalam sistem analisis peperiksaan .
inilah kesibukan yang akan kita semua hadapi sepanjang bulan terakhir ini.
bagi guru yang komited perjalanan kita masih jauh dan jangan menyerah dengan beban tugas yang mendatang. selagi kita dinamakan guru prinsip asas ialah dedikasi , jujur dan berpegang pada amanah yang diberi. selamat menyambung tugasan.

0 Response to "Oktober, november, disember"
Catat Ulasan